SPH Logo mobile
Langgan|

Pasukan Iran berlatih di Turkey dengan kawalan ketat

Pasukan Iran berlatih di Turkey dengan kawalan ketat

Mar 26, 2026 | 2:06 PM

Pasukan Iran berlatih di Turkey dengan kawalan ketat

Pasukan bola sepak Iran giat menjalani latihan di Turkey sebagai persediaan bagi Piala Dunia.
Pasukan bola sepak Iran giat menjalani latihan di Turkey sebagai persediaan bagi Piala Dunia. - Foto REUTERS

BELEK (Turkey): Pasukan bola sepak lelaki Iran giat berlatih di selatan Turkey pada 25 Mac sedang mereka bersiap sedia bagi dua perlawanan persahabatan yang akan datang menjelang Piala Dunia 2026.

Pasukan negara tersebut berkemungkinan menarik perhatian yang lebih tinggi dengan latar belakang perang Amerika Syarikat/Israel ke atas Iran.

Sesi latihan itu dijalankan di Belek, sebuah kawasan peranginan berhampiran bandar Antalya di Mediterranean, dengan akses media yang terhad.

Pegawai berkata mereka berbuat demikian untuk mengelakkan gangguan menjelang perlawanan yang disifatkan sebagai kritikal untuk persediaan Piala Dunia.

Persekutuan Bola Sepak Iran sedang berbincang dengan badan pentadbir Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tentang memindahkan perlawanan Piala Dunianya ke Mexico daripada Amerika Syarikat kerana kebimbangan mengenai keselamatan pemain, kata presiden persekutuan Encik Mehdi Taj.

Pasukan Iran mengambil langkah untuk mengekalkan profil awam yang rendah ketika pasukan itu menuju ke Piala Dunia kerana mereka dijangka menghadapi penelitian politik dan media yang sengit.

Di Belek, tiada temu bual dengan pemain atau jurulatih disediakan, dan wakil media pasukan berkata skuad itu memberi tumpuan sepenuhnya kepada program perlawanan mereka.

Iran akan bermain dua perlawanan di Antalya, menentang Nigeria pada 27 Mac dan Costa Rica pada 31 Mac.

Perlawanan persahabatan pada asalnya dijadualkan berlangsung di Jordan tetapi dipindahkan ke Turkey berikutan tercetusnya perang Iran pada 28 Februari lalu.

Pemain kelihatan santai semasa sesi latihan dengan pegawai dan pemain kadangkala berbual mesra dan bergurau.

Antara mereka yang hadir ialah penyerang Mehdi Taremi, yang telah menjadi tumpuan sejak kebelakangan ini selepas bertukar jersi dengan pemain pasukan Israel semasa bermain untuk kelabnya Olympiacos di Greece.

Penyerang Sardar Azmoun pula diketepikan daripada skuad selepas menyiarkan gambar pertemuan dengan pemerintah Dubai, Encik Mohammed Rashid Al Maktoum di Instagram.

Media Iran melaporkan bahawa Azmoun, yang telah menjaringkan 57 gol dalam 91 perlawanan antarabangsa, telah disingkirkan daripada pasukan kebangsaan kerana dianggap melakukan tindakan tidak setia kepada negara. – Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg