Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang Toh Wei Soong menang emas pertama S’pura

Oct 27, 2023 | 12:02 PM



Meskipun berpengalaman dalam sukan renang selama sedekad, Toh Weo Soong tetap tiba di Hangzhou, China, dengan rasa cemas.

Meskipun ia penyertaan Sukan Para Asianya yang ketiga dan beliau pernah bersaing dalam Sukan Paralimpik Tokyo pada 2021, namun perasaan cemas itu masih belum luput daripada dirinya.

Meskipun begitu, Toh berjaya mengatasi perasaan tersebut dan merebut pingat emas pada Khamis apabila beliau menduduki tempat pertama dalam kuak lentang 100 meter S7 – emas pertama negara dalam sukan tersebut.

Pemuda berusia 25 tahun itu mencatat masa 1 minit 14.99 saat di Arena Sukan Akuatik Hangzhou untuk mencatat masa rekod perlumbaan itu.

Beliau mengatasi masa 1:15.65 yang pernah dicatat perenang China, Gao Nan dalam edisi sukan serupa yang berlangsung di Guangzhou pada 2010.

Pasangan China, Yang Huaqiang (1:20.12) dan Huang Xianquan (1:20.80) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Toh berkata: “Sukan ini memang agak mencemaskan saya sedikit... sukar untuk saya luahkannya dalam bentuk kata-kata.

“Tapi selepas 10 tahun dalam sukan ini, dan kemunculan ketiga saya dalam Sukan Asia kini sebagai veteran, terdapat rasa seronok dan sedikit kebimbangan berkaitan persembahan saya dan untuk terus berenang pada tahap tertinggi.

“Di sebalik itu semua, saya masih berasa seronok dengan sukan ini meskipun ia kadangkala memberi tekanan.

“Saya tidak akan mendabik dada kerana saya belum mencapai sasaran yang saya inginkan dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan.

“Kami hanya separuh jalan dan akan kami teruskan perjalanan ini,” ujarnya.

Biarpun beliau gembira kerana berjaya meraih emas pertama negara di China, Toh, yang meraih pingat perak dalam gaya bebas 400 meter S7 pada Selasa, berkata ia bukan persaingan yang sempurna buat dirinya memandangkan beliau berusaha memecahkan rekod masa Asia 1:14.71 yang masih bertahan sejak 2012.

Di edisi Jakarta pada 2018, Toh meraih gangsa dalam acara kuak lentang 100 meter S7, perlumbaan yang mula diberi perhatian olehnya.

Beliau berkata: “Sekiranya anda lihat pada perlumbaan yang saya sertai sejak setahun lalu, anda dapat lihat saya memberikan persembahan lebih baik dalam kuak lentang 100 meter.

“Saya fikir ia menyumbang kepada semua peningkatan yang saya capai dalam 50 meter dan kupu-kupu sejak beberapa tahun lalu dan membawa semua prinsip itu kepada kuak lentang.

“Kami telah menyaksikan prestasi bertambah baik, dan ia merupakan acara yang saya kurang beri perhatian semasa di peringkat awal kerjaya saya.”

Selain pencapaian Toh, Singapura turut meraih satu pingat perak dan dua gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >