Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan renang menang besar di Anugerah Sukan Kurang Upaya S’pura

Nov 15, 2023 | 09:30 PM



Sukan renang para muncul sebagai pemenang besar dalam Anugerah Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSA) 2023 pada Rabu malam.

Tiga perenang para Singapura menyapu hampir semua anugerah utama yang disampaikan dalam acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Sands.

Juara dunia dua kali renang para, Yip Pin Xiu, dinobat Atlet Wanita Terbaik, iaitu kali keempat berturut-turut beliau diiktiraf anugerah berprestij itu.

Rakan sepasukan, Toh Wei Soong, yang memenangi pingat perak di Sukan Komanwel 2022, menggondol anugerah Atlet Lelaki Terbaik buat tahun kedua berturtut-turut. 

Seorang lagi perenang para, Wong Zhi Wei, membawa pulang anugerah Atlet Muda Lelaki Terbaik selepas beliau berjaya memenangi emas dalam dua acara – gaya bebas S13 50 meter dan 100 meter, di Sukan Para Asean 2022.

Mahasiswa tahun pertama di Universiti Nasional Singapura itu beraksi cemerlang meskipun telah menjalani pemindahan buah pinggang tiga tahun lalu dan masih beransur pulih.  

Anugerah Atlet Muda Wanita Terbaik pula jatuh kepada pemain boling Adelia Naomi Yokoyama, yang merangkul lapan pingat di Deaflympics dan Sukan Pekak pada 2022.

Kemenangan Yokoyama menjadikannya atlet pekak pertama meraih anugerah dalam SDSA.

Pemenang pingat emas dalam boccia di Sukan Para Asean 2022, Aloysius Gan dan Toh Sze Ning, bersama rakan bertanding mereka, Kagan Gan dan Chew Zi Qun, dinobat Pasukan Terbaik.


Anugerah Jurulatih Terbaik (Prestasi Tinggi) dimenangi oleh bekas pemain boling, William Woo, yang membimbing pasukan boling pekak meraih kejayaan di Deaflympics dan Sukan Pekak pada 2022.

Dalam pada itu, jurulatih tenis meja para, Goh Chyuan, diiktiraf Jurulatih Terbaik (Pembangunan) atas usahanya membantu pemain Singapura cemerlang di Sukan Para Asean 2022.

Majlis penyampaian anugerah tahunan itu, yang diadakan sejak 1996 oleh Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), bertujuan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu dan pasukan hebat dalam sukan kurang upaya.

SDSA 2023 merangkumi pencapaian dan sumbangan dalam kalangan sukan para dari April 2022 hingga Mac 2023.

Sebanyak 80 pencalonan diterima bagi 2023 – naik daripada 30 pada 2022.

Pada 2023, 14 anugerah telah juga disampaikan, iaitu jumlah tertinggi sepanjang sejarah anugerah itu.

Beberapa anugerah baru telah diperkenalkan untuk mengenang sumbangan masyarakat dalam sukan kurang upaya pada edisi kali ini.

Mereka adalah anugerah Jurulatih Terbaik (Masyarakat), Semangat Sukan Terbaik (Lelaki/Wanita/Pasukan), Acara Terbaik, dan Pembuat Perubahan Masyarakat Terbaik.

Turut hadir di majlis penyampaian anugerah itu ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.

Pemenang Sukan Kurang Upaya Singapura 2023:

Atlet Lelaki Terbaik: Toh Wei Soong (Renang)


Atlet Wanita Terbaik: Yip Pin Xiu (Renang)


Atlet Muda Lelaki Terbaik: Wong Zhi Wei (Renang)


Atlet Muda Wanita Terbaik: Adelia Naomi Yokoyama (Boling)


Pasukan Terbaik: Aloysius Gan dan Toh Sze Ning (Boccia)


Jurulatih (Prestasi Tinggi): William Woo (Boling)


Jurulatih (Pembangunan): Goh Chyuan (Tenis Meja)


Semangat Sukan (Lelaki): Dexter Goh (Kerusi Roda Bola Keranjang)


Semangat Sukan (Wanita): Nurulasyiqah Mohd Taha (Boccia)


Semangat Sukan (Pasukan): Singapore Rollers


Jurulatih Terbaik (Masyarakat): Lanny Kwok (Boccia)


Pembuat Perubahan Masyarakat Terbaik: PlayBuddy


Acara Terbaik: Run for Inclusion 2022


Relawan Terbaik: Yeo Jia Chyang (Renang)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >