Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

5 dijangka ukir nama

Euro 2020 dan Copa America sudah berakhir, tetapi kejohanan bola sepak antarabangsa pada musim panas ini belum lagi selesai. Tirai persaingan Sukan Olimpik Tokyo sudah dibuka dan beberapa nama terkenal serta bintang hari esok, akan berentap untuk merebut pingat emas. BERITA MINGGU menyenaraikan lima pemain bola sepak yang dijangka menjadi tumpuan di Tokyo.
Jul 25, 2021 | 05:30 AM



Dani Alves (Brazil)



PADA dasarnya, kejohanan bola sepak Sukan Olimpik khusus bagi pemain yang meningkat naik. Bagaimanapun, itu bukan untuk Dani Alves yang mencecah usia 38 tahun. Mantan bek kanan Barcelona, Juventus dan Paris Saint-Germain - yang kini menyarung jersi Sao Paulo - akan memimpin negaranya di temasya itu selaku kapten pasukan.



Amad Diallo (Ivory Coast)



HARAPAN tinggi bagi remaja Manchester United, yang berpindah ke Old Trafford bagi bayaran $40 juta pada Oktober lalu, untuk menjadi bintang masa akan datang. Dengan hanya tiga penampilan untuk pasukan Ole Gunnar Solskjaer, Sukan Olimpik akan menyediakan peminat United peluang untuk menilai lagi prospek baru mereka. Pemain berusia 19 tahun itu boleh menyinari kejohanan dengan bakat mantapnya.



Pedri (Sepanyol)



HANYA lebih dua minggu lalu tamat bermain setiap minit dalam kempen Euro 2020 negaranya, pemain midfield berusia 18 tahun itu kembali beraksi dalam kejohanan di Sukan Olimpik. Sebahagian daripada skuad hebat Sepanyol, pemain Barcelona ini adalah faktor utama mengapa La Furio Roja (gelaran pasukan bola sepak nasional Sepanyol) disebut sebagai pasukan kegemaran di temasya ini. 



Thiago Almada (Argentina)



KINi menyarung jersi kelab Velez Sarfield di negara asalnya, pemain Argentina berusia 20 tahun itu hangat dikatakan akan membuat pemindahan ke salah satu liga teratas Eropah dalam masa terdekat. Selesa di bahagian sayap atau sebagai nombor 10, Almada akan menjadi tumpuan dalam kejohanan musim panas ini, dengan penonton boleh mengharapkan melihat pelbagai skil penyerang ini. 



Takefusa Kubo (Jepun)



MENANDATANGANI kontrak dengan Real Madrid sejak 2019, Takefusa Kubo meraih banyak pengalaman sebagai pemain di La Liga hasil pelbagai tempoh pinjaman ke kelab seperti Mallorca, Villareal dan Getafe. Pemain berusia 20 tahun itu kini mempunyai peluang untuk membuktikan kebolehan beliau kepada kelab induknya sekiranya beliau dapat menghasilkan persembahan memukau untuk pasukan tuan rumah.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >