Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelan persiap pasukan bola sepak negara di Sukan SEA

Jul 7, 2023 | 7:07 PM
HAMBAR: Pasukan negara (jersi merah) ketika beraksi menentang Vietnam dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei.
HAMBAR: Pasukan negara (jersi merah) ketika beraksi menentang Vietnam dalam Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei. - Foto fail

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengemukakan 10 usulan yang bertujuan mempertingkat prestasi skuad negara di Sukan SEA masa depan. Kami rumuskan usulan ini seperti berikut:

Tambah sokongan

Skuad Bawah 23/22 (B23/22) akan dikategorikan di bawah pasukan lelaki nasional dan di bawah bidang kuasa jurulatih pasukan Singa. Ini meningkatkan kepentingan pasukan peringkat usia itu mempercepatkan peralihan pemain ini ke skuad senior, dan membolehkan akses kepada sumber yang bertambah menjelang kejohanan utama.

Diet pemain akan dirancang apabila FAS mengawal makanan yang disajikan. Pada masa ini, hanya penghidratan dipantau, manakala pemain dinasihatkan untuk pemakanan yang sihat. Di Kemboja, pemain makan apa sahaja yang ditawarkan di hotel Sukan SEA.

Semua kecederaan semasa kejohanan perlu disahkan dan ditandatangani oleh doktor perubatan.

Kawalan pergerakan pemain, termasuk mereka yang keluar awal, harus diluluskan oleh ketua jurulatih. Protokol ini tidak ada dan terdapat pemilihan pemain yang terhad dalam kekalahan terakhir perlawanan kumpulan Singapura kepada Malaysia.

Tingkat persiapan

Setiap Sukan SEA akan dijalankan sebagai projek dua tahun. Ini membolehkan ketua jurulatih, yang juga memimpin pasukan Young Lions dalam Liga Perdana Singapura (SPL) untuk membuat persiapan lebih terperinci.

Skuad Sukan SEA akan diperuntuk bermain dalam lapan hingga 10 perlawanan antarabangsa menjelang Sukan SEA. Sebagai perbandingan, hanya tujuh daripada 20 pemain dalam skuad Sukan SEA 2023 mempunyai pengalaman perlawanan antarabangsa sebelum mereka beraksi dalam Piala Merlion, menjelang Sukan SEA.

Lebih ramai pemain akan dikenal pasti lebih awal bagi Sukan SEA dan mereka akan dikehendaki mengikuti Rancangan Pembangunan Individu (IDP), antara lain untuk meningkatkan tahap kecergasan individu.

Satu dapatan reviu FAS adalah pemain yang dipilih membentuk skuad Sukan SEA 2023 mempunyai tahap kecergasan berbeza-beza dan FAS juga tidak mempunyai data lengkap mengenai tahap kecergasan mereka.

Peraturan SPL akan dikaji semula untuk memberi lebih banyak peluang permainan kepada pemain utama B23/22.

Pada masa ini, semua kelab kecuali Brunei DPMM dan Young Lions mesti menurunkan pemain B-23 setempat untuk keseluruhan separuh masa pertama dalam perlawanan mereka.

Hanya lapan daripada 20 pemain Sukan SEA beraksi dalam 50 peratus perlawanan pada musim 2023 SPL.

Skuad B23/22 akan mempunyai sekurang-kurangnya dua minggu untuk membuat persediaan bagi kejohanan utama, dengan FAS akan melaraskan penjadualan SPL dan/atau menggubal perubahan peraturan untuk tujuan ini.

Disebabkan komitmen Perkhidmatan Negara (NS) dan sekolah, pasukan 2023 hanya mendapat beraksi dalam Piala Merlion pada Mac dan perlawanan persahabatan menentang Geylang International untuk persediaan bagi Sukan SEA.

Persediaan mental dan kegiatan menyatukan pasukan adalah wajib. Seorang pakar psikologi sukan yang terlatih akan terlibat dalam persiapan prakejohanan.

Kempen Sukan SEA 2023 tidak mempunyai pakar psikologi sukan yang memainkan peranan aktif dalam persiapan.

Lebih tumpuan

Pasukan B23/22, yang juga mempunyai komitmen NS dan sekolah, kini akan menumpukan perhatian pada dua pertandingan utama iaitu Sukan SEA dan kelayakan Piala Asia B-23 AFC, yang juga adalah peluang kelayakan bagi Sukan Olimpik.

Semua kejohanan lain akan dianggap sebagai peluang pembangunan. Secara perbandingan, pasukan yang sama mempunyai jadual pertandingan padat pada 2023. Selain Piala Merlion dan Sukan SEA, mereka juga mempunyai Kejohanan AFF B-23, Sukan Asia dan Kelayakan AFC.

Pasukan penganalisis menyeluruh yang menyediakan analisis lawan sebelum permainan; analisis dan cadangan dalam permainan; dan semakan selepas permainan dan maklum balas objektif, harus dibina di peringkat kebangsaan.

Pasukan sukan SEA hanya disokong oleh seorang penganalisis, yang berfungsi sebagai juruvideo.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg