Pasukan bola sepak lelaki yang akan dihantar ke Sukan SEA pada masa depan akan diberi lebih banyak masa untuk membuat persiapan dan diperuntuk sokongan dan sumber yang setara dengan pasukan nasional, dengan harapan cara ia tersingkir daripada Sukan SEA Kemboja pada Mei lalu tidak berulang.
Penglibatan dalam Sukan SEA akan diusahakan sebagai projek dua tahun, di mana pemain yang dipilih akan diberi peluang beraksi dalam lebih banyak perlawanan berintensiti tinggi dalam liga domestik dan juga di peringkat antarabangsa.
Ini sebahagian daripada 10 usulan yang dikemukakan jawatankuasa yang mengadakan Reviu Bola Sepak Pasca Sukan SEA 2023. Dapatan reviu itu dikongsi dengan media pada Jumaat.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg