Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

'Pelik, lucu'... tapi tiada siapa sangkal kehebatan Verstappen

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Max Verstappen mengakui ia adalah cara yang "pelik, mengelirukan dan agak lucu" untuk memenangi kejuaraan dunia.



Pemandu Red Bull itu telah memenangi Grand Prix Jepun - tetapi beliau dan hampir semua orang lain dalam Formula 1 menganggap Verstappen masih belum meraih cukup mata untuk menjamin gelaran dunia keduanya.



Beberapa minit kemudian, Verstappen diputuskan sebagai juara.



"Saya tidak tahu bahawa mereka akan putuskan kejuaraan dengan (pemberian) mata (penuh)," kata Verstappen.



"Apabila saya melepasi garisan, saya tak pasti akan menjadi juara dunia." Kemudian beliau dimaklumkan telah memenanginya.



"Adakah anda pasti?' balas Verstappen, sebelum pemandu Belanda itu diberitahu "belum lagi" dan akhirnya, disahkan juara F1 musim ini.



Bagaimanakah salah satu sukan paling berprofil tinggi di dunia mendapati dirinya berada dalam situasi di mana seseorang, pada saat itu, perlu memutuskan berapa banyak mata untuk diberikan dalam perlumbaan, dan kesimpulan yang dicapai berbeza daripada apa yang dijangkakan oleh semua pasukan?



Menurut ketua pasukan Verstappen di Red Bull, Christian Horner, jawapannya adalah "kesilapan" yang dibuat dalam merangka semula peraturan berikutan satu lagi kontroversi mengenai perlumbaan yang dilanda cuaca buruk, iaitu Grand Prix Belgium tahun lepas.



Mengimbas kembali ke litar Spa pada 2021, kontroversi itu adalah mengenai fakta bahawa keputusan telah diisytiharkan, dan mata diberikan, walaupun tiada pusingan perlumbaan berlaku kerana hujan lebat.



Tujuannya adalah untuk menetapkan semula peraturan bagi memastikan mata tidak dapat diberikan melainkan ada perlumbaan yang tulen, walaupun ia tamat lebih awal.



Mengikut sejarah, perlumbaan F1 yang disingkatkan sering kali bermakna berkurangan mata. Lazimnya, 75 peratus jarak perlumbaan adalah tanda mata penuh diberikan.



Tetapi satu klausa telah mengubah semua itu.



Dalam peraturan yang mengawal penggantungan perlumbaan, satu jadual dibentangkan yang memperincikan set mata yang diberikan dalam satu siri senario. Dan dalam jadual ini, antara 50 hingga 75 peratus jarak perlumbaan bermakna tiga suku mata diberikan.



Tetapi klausa yang dipersoalkan bermula dengan menyatakan: "Jika perlumbaan digantung, dan tidak boleh disambung semula…" Lantas, jadual itu, kata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) kelmarin, hanya dapat digunakan sekiranya perlumbaan tidak dapat dimulakan semula. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >