Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK WANITA

Peluang bagi skuad wanita SG uji persiapan Sukan SEA apabila aksi di Siri 3 Negara

Apr 01, 2022 | 05:30 AM



PASUKAN bola sepak wanita negara akan berpeluang beraksi di depan penyokong sendiri buat pertama kali dalam tempoh empat tahun apabila mereka berdepan dengan Seychelles dan Papua New Guinea dalam pertandingan Siri Tiga Negara 2002 anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sepanjang dua minggu akan datang.



Dua perlawanan antarabangsa 'A' itu adalah sebahagian daripada persiapan mereka bagi Sukan SEA yang akan bermula pada 12 Mei ini.



Ini merupakan penampilan pertama pasukan Singa itu dalam temasya sukan Asia Tenggara tersebut.



Tersenarai di tangga 135 dunia, Singapura akan menentang Seychelles, yang tidak tersenarai dalam ranking dunia, Isnin ini di Stadium Jalan Besar manakala perlawanan antara Seychelles dan Papua New Guinea pula akan diadakan pada 8 April ini.



Pertandingan tiga penjuru itu akan melabuhkan tirainya dengan perlawanan antara tuan rumah dengan Papua New Guinea, yang menduduki tangga ke-49 dalam ranking dunia.



Kapten pasukan Singapura, Ernie Sulastri, berkata beliau dan rakan sepasukannya ghairah untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri - pertama kali sejak pertandingan empat-penjuru antarabangsa wanita pada 2018.



Perlawanan antarabangsa pasukan itu sebelum ini ialah pada September lalu dalam perlawanan kelayakan Piala Asia di Tajikistan, di mana mereka tewas 1-0 dalam dua perlawanan menentang Indonesia.



"Perlawanan-perlawanan ini penting bagi kami mencapai tahap terakhir dalam persiapan kami untuk ke Sukan SEA. Kami mahu meningkatkan tahap persefahaman kami sebagai sebuah pasukan selain menguji kecerdasan kami dan juga ketajaman set pieces," kata Ernie.



Semalam, FAS mengumumkan skuad 25 pemain bagi dua perlawanan persahabatan minggu depan.



Jurulatih Stephen Ng berkata adalah penting bagi pasukannya terus membangun dengan bermain secara kompetitif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >