Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Peluang City balas dendam ke atas Real

Pasukan mara ke separuh akhir lepas seri 1-1, lantas menang agregat 4-1 ke atas Bayern
Apr 21, 2023 | 05:30 AM



MUNICH: Manchester City akan menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara buat tahun kedua berturut-turut, selepas gol penyerang Erling Haaland memastikan keputusan seri 1-1 dan agregat kemenangan 4-1 ke atas Bayern Munich pada Rabu.



Namun, pemain Norway itu terlepas menjaringkan gol melalui sepakan penalti pada separuh masa pertama, sebelum pada pertengahan babak kedua menewaskan penjaga gol Bayern Yann Sommer bagi golnya yang ke-48 dalam 41 penampilan musim ini.



Jaringan Bayern pada separuh masa kedua dibatalkan kerana ofsaid, namun mereka menjaringkan gol melalui penalti pada lewat permainan menerusi Joshua Kimmich.



City akan memasuki separuh akhir buat tahun ketiga berturut-turut dan sekali lagi berdepan musuh lama pengurus City Pep Guardiola, iaitu Real, yang tahun lalu menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk menewaskan City dalam perjalanan mereka memenangi kejuaraan itu musim lalu.



"Separuh akhir sekali lagi... pengalaman yang kami ada dalam pertandingan, pemain sangat teruja, mereka mahu melakukannya dengan baik," kata Guardiola.



Bayern memecat jurulatih Julian Nagelsmann untuk membawa masuk Thomas Tuchel pada awal April, walaupun dengan rekod sempurna dalam Liga Juara-Juara musim ini. Sejak itu, ia telah tersingkir daripada Eropah dan Piala Jerman.



"Jika kami tidak dapat mengambil pelajaran positif daripada perlawanan ini, kami akan menghadapi masalah," kata Tuchel, yang pasukannya hanya dua mata di depan Borussia Dortmund dalam kejuaraan tempatan Bundesliga.



"Pada masa ini, City berada dalam keadaan terbaik, dengan pemain terbaik dalam liga terbaik di dunia."



Setahun lalu City mengalami salah satu kekalahan Eropah paling menyayat hati dalam sejarahnya semasa menentang Real, tetapi kini mereka mempunyai peluang membalas dendam.



City memasuki minit terakhir perlawanan kedua di Stadium Bernabeu itu dengan harapan mereka tidak melepaskan dua gol, namun itulah yang berlaku dalam cara yang dramatik.



Namun, wujud perasaan bahawa keadaan mungkin berbeza tahun ini, terutamanya dengan penyerang Haaland dalam pasukan mereka.



"Semua kelab tahu jika anda mahu memenangi Liga Juara-Juara anda perlu mengalahkan Real Madrid," ujar Guardiola.



Real telah memenangi 14 pertandingan itu, dua kali lebih banyak daripada pasukan lain - termasuk lima daripada sembilan pertandingan terakhir.



"Mudah-mudahan ya!" kata pemain tengah City, Bernardo Silva, ketika ditanya mengenai peluang membalas dendam terhadap penyandang juara itu pada 9 dan 17 Mei, dengan perlawanan kedua di padang sendiri.



"Kami pasti akan melakukannya untuk menang. Kami sentiasa mengejar kemenangan, tetapi kami berasa pasukan ini sekarang sangat yakin pada masa ini. Saya rasa kami sedang melaluinya." - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >