Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Peluang dedah pemain di Kejohanan Bawah 23 Tahun AFF disia-siakan: Bekas pemain S’pura

Jun 01, 2023 | 06:16 PM



DENGAN tidak menyertai Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2023, Singapura telah mensia-siakan peluang mendedahkan pemain muda kepada saingan antarabangsa, kata beberapa bekas pemain nasional Singapura.

Pasukan Singa Muda tidak akan beraksi di kejohanan itu selepas Persatuan Bola Sepak Nasional (FAS) mengambil “keputusan strategik” untuk melindungi pemain daripada risiko kecederaan.

Keputusan tersebut diambil sebelum pelibatan pasukan itu dalam Sukan SEA Kemboja yang baru berakhir dan juga kerana beberapa faktor lain, kata seorang jurucakap FAS.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), beliau berkata tarikh kejohanan itu, 17-25 Ogos, terlalu dekat dengan dua lagi pertandingan utama pada suku ketiga 2023.


Pusingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun AFC 2024 dijadual berlangsung 6-12 September, sementara Sukan Asia di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Oktober.

Singapura disenarai untuk mengambil bahagian dalam kededua kejohanan itu.

Bekas penjaga gol Singapura Yakob Hashim, ketika dihubungi BH, berkata keputusan itu adalah “satu kesilapan besar”.


“Tindakan itu menyekat pemain daripada beraksi pada peringkat Asean. Malah, Brunei akan menghantar pasukan. Kita tidak seharusnya (berada) di bawah Kemboja, Brunei dan Timor Leste,” kata Yakob, yang kini ketua jurulatih bagi kanak-kanak dan belia di ANZA Soccer Singapore.

Kemboja, Brunei dan Timor Leste, secara tradisi, dianggap sebagai antara pasukan kerdil di Asia Tenggara. 

Selain tiga negara itu, tujuh lagi negara – Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Myanmar dan Laos – akan mengambil bahagian.

Singapura satu-satunya negara Asean yang tidak menyertai pertandingan itu.

Edisi tahun ini bakal diadakan di Chonburi, Thailand. Ia dicepatkan dari tarikh asalnya November 2023.

“Pemain yang kurang masa bermain semasa Sukan SEA boleh bermain atau sebagai alternatif, pasukan Sukan SEA boleh menebus diri mereka dalam AFF,” tambah Yakob, ahli lembaga FAS dari 2017 hingga 2021.

Seorang lagi bekas pemain Singa, Rafi Ali sependapat dengan Yakob.

“Saya fikir pada masa ini menghantar skuad bawah 22 tahun untuk bertanding tanpa jurulatih sah dan persiapan betul bukanlah idea yang baik,” kata pemenang Piala Tiger 1998 itu.

“Sebaiknya hantarlah pasukan bawah 18 tahun dan beberapa pemain bawah 22 tahun yang tidak bermain semasa Sukan SEA ke Kejohanan Bawah 23 Tahun AFF itu untuk meraih pendedahan,” tambah Rafi.

Pasukan bawah 22 tahun Singapura dipimpin oleh Philippe Aw dalam Sukan SEA pada Mei.

Satu semakan teknikal Sukan SEA sedang dijalankan menyusuli prestasi hambar skuad itu di temasya sukan tersebut.

Mereka terjerumus ke tangga paling corot kumpulan selepas gagal mencatat sebarang kemenangan di Kemboja, termasuk dibelasah 0-7 oleh musuh ketat Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >