Pembaca Berita Harian (BH) berpeluang memenangi hadiah khas Liverpool yang ditandatangani oleh legenda Liverpool, John Arne Riise.
Anda hanya perlu komen di Instagram Berita Harian, menjelaskan mengapa anda layak memenangi barangan khas tersebut.
Komen yang berjaya mendapatkan jumlah like terbanyak bakal memenangi hadiah tersebut.
John Arne Riise, merupakan pemain Liverpool serba boleh di bahagian kiri padang, menjadi tonggak penting Liverpool semasa era kepimpinan Gerard Houllier dan Rafael Benitez.
Dikenali dengan rembatan kaki kiri yang padu serta keupayaan menghantar bola lintang yang tepat, Riise segera menambat hati penyokong selepas menyertai kelab dari Monaco pada 2001 dan dikenali terutama dengan jaringan menentang Everton dan Manchester United.
Sepanjang kerjayanya di Anfield, beliau membantu Liverpool merangkul beberapa kejuaraan, termasuk Charity Shield, Piala Super Eropah dan Piala Liga, dengan sering memainkan peranan utama dalam perlawanan besar.
Riise juga merupakan antara pemain penting dalam kejayaan bersejarah Liverpool memenangi Liga Juara-Juara 2005.
Pada tahun berikutnya, beliau terus memberi sumbangan besar ketika Liverpool menjulang Piala FA 2006, termasuk jaringan menentang Chelsea di separuh akhir dan menjaringkan penalti dalam penentuan akhir menentang West Ham United.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg