Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang saksama Belgium, Romania, Slovakia dan Ukraine untuk mara

Jun 25, 2024 | 2:00 PM
Belgium adalah antara pasukan terbaik di Eropah dan dunia, namun gagal memenuhi potensi mereka dalam dua kejohanan utama yang lalu.
Belgium adalah antara pasukan terbaik di Eropah dan dunia, namun gagal memenuhi potensi mereka dalam dua kejohanan utama yang lalu. - FOTO AFP

Dengan keempat-empat pasukan terikat dengan tiga mata, Kumpulan E adalah kumpulan paling ‘terbuka’.

Semasa melangkah ke padang bagi perlawanan kumpulan terakhir mereka, Romania, Belgium, Slovakia dan Ukraine kesemuanya berpeluang mara ke pusingan kalah mati.

Slovakia bertemu Romania, manakala Belgium pula akan menentang Ukraine dalam perlawanan tengah malam Khamis, 27 Jun.

Meskipun demikian, Belgium dan Romania mempunyai kelebihan menerusi rekod perbezaan gol, iaitu jumlah jaringan dan gol yang dilepaskan, yang lebih baik daripada Ukraine dan Slovakia.

Ini bermakna keputusan seri bagi kededua Belgium dan Romania cukup untuk membawa mereka ke pusingan kalah mati.

Namun, bermain untuk keputusan seri mempunyai risiko besar berdasarkan trend gol lewat hingga membawa kemenangan yang telah disaksikan berkali-kali dalam kejohanan Euro 2024 sejauh ini.

“Dalam bola sepak moden, ia memang bukan idea yang baik untuk bermain dan cuba mendapatkan keputusan seri. Banyak taktik membuang masa yang dibenarkan sebelum ini sudah tidak lagi dibenarkan dalam bola sepak.

“Jadi taktik untuk memperlahankan rentak permainan mungkin tidak begitu berkesan,” ujar bekas pemain pertahanan England dan pengulas bola sepak, Gary Neville.

Bermain untuk tiga mata itu juga telah dijanjikan jurulatih pasukan Belgium dan Romania –  Domenico Tedesco dan Edward Iordanescu.

“Kami harus bersikap profesional, namun bijak,” tegas Iordanesc.

Tedesco pula berkata: “Kami mahukan tiga mata, pada masa yang sama pemain harus mengurus rentak permainan.”

Neville akur Belgium dan Romania adalah pasukan pilihan untuk mara dari Kumpulan E, namun Ukraine dan Slovakia mempamerkan cukup kualiti untuk menjadi pesaing yang serius.

Ukraine boleh mendapat semangat daripada gelora nasib yang dialami Belgium, bukan hanya dalam kejohanan sejauh ini bahkan dalam beberapa kejohanan utama yang lalu.

Dalam dua perlawanan pertama sahaja, dengan mereka tewas sekali dan menang sekali, penyerang utama mereka, Romelu Lukaku, telah menjadi mangsa tiga gol yang dibatalkan VAR atas sebab-sebab yang agak kontroversial dan ofsaid yang hanya boleh dikesan menerusi tayangan ulang VAR.

Justeru, meskipun Belgium pasukan yang lebih baik di atas kertas, Ukraine mungkin boleh mendapat motivasi daripada tuah yang mungkin tidak berpihak kepada lawan mereka itu.

Begitu perlawanan kedua Kumpulan E pula, tidak banyak yang memisahkan Romania dan Slovakia, dan setiap pasukan mempunyai peluang yang sama rata untuk mara ke pusingan kalah mati.

Belgium dan Romania mungkin dapat menangkis saingan Ukraine dan Slovakia, untuk melayakkan diri secara automatik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg