Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain antarabangsa Ecuador maut sebulan selepas kemalangan

Nov 13, 2024 | 12:57 PM
Pemain antarabangsa Ecuador, Marco Angulo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7 Oktober dan mengalami kecederaan di kepala dan kecederaan paru-paru yang menyebabkan kematiannya pada 11 November.
Pemain antarabangsa Ecuador, Marco Angulo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7 Oktober dan mengalami kecederaan di kepala dan kecederaan paru-paru yang menyebabkan kematiannya pada 11 November. - Foto REUTERS

QUITO (Ecuador): Pemain antarabangsa Ecuador, Marco Angulo meninggal dunia pada usia 22 tahun, sebulan selepas mengalami kecederaan kritikal dalam kemalangan kereta, kata persekutuan bola sepak Ecuador pada 12 November.

Angulo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 7 Oktober yang turut mengakibatkan kematian bekas rakan sepasukannya, Roberto Cabezas.

Beliau alami kecederaan di kepala dan kecederaan paru-paru dan meninggal dunia di sebuah hospital di Quito pada malam 11 November, selepas seminggu menerima rawatan di unit rawatan rapi.

Angulo bermain untuk juara liga Ecuador LDU Quito sejak Mac, secara pinjaman daripada kelab MLS Cincinnati.

Angulo membuat penampilan sulung seniornya untuk negara Amerika Selatan itu pada 2022 dan memperoleh dua kemenangan.

Pada 12 November, Persatuan Bola Sepak Ecuador berkata: “Marco, bekas pemain La Tri yang mempertahankan negara dengan bakat dan dedikasi pada setiap peluang bukan sahaja pemain yang cemerlang tetapi juga rakan sepasukan yang hebat.”

“Kami amat sedih dengan kehilangan Marco – seorang suami dan bapa, seorang abang dan anak lelaki, seorang kawan dan rakan sepasukan. Beliau pemuda yang ceria dan baik hati,” kata Cincinnati, pasukan bola sepak Marco dalam satu kenyataan.

“Marco meninggalkan seorang isteri dan anak lelakinya yang masih kecil. Beliau berumur 22 tahun,” tambahnya.

Menurut laporan media Ecuador, daripada lima orang dalam kenderaan semasa kemalangan itu, tiga orang, termasuk Angulo, maut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg