Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain badminton S’pura Loh Kean Yew raikan ulang tahun perkahwinan

Jan 03, 2024 | 03:44 PM



Dengan menjelang tahun baru 2024, pemain badminton utama Singapura, Loh Kean Yew, berkongsi kisah yang menggembirakan peminatnya.

Pada malam Krismas lalu (24 Disember 2023), pemain lelaki nombor 10 terbaik dunia itu menyiarkan empat gambar lamaran perkahwinannya dengan latar belakang keindahan Marina Bay Sands, dengan kapsyen: “Tahun lalu pada hari ini, dia berkata ‘ya’.”

Pada Hari Krismas pula, Loh menyiarkan beberapa lagi gambar perkahwinannya dengan pasangannya di tempat yang kelihatan seperti Musee Rodin di Paris, Perancis, sebagai meraikan ulang tahun pertama perkahwinannya.

Beberapa keping gambar itu menunjukkan pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan pada suku pertama 2023.

Pemain berusia 26 tahun itu, yang merahsiakan butiran hubungannya, tidak menyiarkan gambar isterinya dari sudut depan dan tidak memberi maklumat lanjut, lapor The Straits Times (ST).


Namun, beliau memberitahu ST: “Ini adalah detik penting dalam hidup kami. Saya berterima kasih kerana beliau (isteri) memahami jadual saya yang sibuk dan menghargai pengorbanannya.

“Walaupun saya gembira berkongsi berita baik dengan semua di media sosial, saya berharap orang ramai akan memahami dan menghormati bahawa kami perlu merahsiakan kehidupan peribadi kami.”

Loh bergelut dengan ‘form’ yang turun naik sejak beberapa tahun lalu. Loh merupakan pemain nombor 42 dunia, apabila beliau tersingkir daripada peringkat kumpulan di Sukan Olimpik Tokyo pada Julai 2021.

Lima bulan kemudian, beliau mencatat sejarah di Huelva, Sepanyol, sebagai juara dunia badminton yang pertama dari Singapura.

Pada 2022, Loh mencapai kemuncak kerjaya dan meraih kedudukan nombor tiga terbaik dunia, serta menjadi lelaki Singapura pertama yang layak ke acara peringkat akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) – hanya beberapa minggu sebelum lamaran perkahwinannya.

Loh berusaha mengekalkan daya saingan dan kedudukannya. Kadangkala beliau bergelut di gelanggang dan jatuh ke tangga ke-10 dalam ranking.

Selepas perkahwinannya pada 2023, Loh berharap mahu mencapai lebih banyak lagi dalam Sukan Olimpik di Paris dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, yang mana beliau menyasarkan untuk menjadi warga Singapura pertama memenangi pingat dalam sukan badminton di acara Olimpik.

Loh berkata: “Sejak Sukan Olimpik lalu, perjalanan saya untuk mencari laluan dan tempat saya dalam kalangan pemain terbaik, memang mencabar. Saya mempunyai pengalaman pasang surut, dan usaha untuk terus menambah baik dalam setiap aspek tidak pernah berakhir.

“Olimpik adalah kemuncak kerjaya bagi kebanyakan atlet. Oleh itu, tahun 2024 penting untuk saya.”

Selepas menyertai kejohanan Masters di China pada November 2023, Loh berehat seketika sebelum kembali ke gelanggang latihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >