Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain bola sepak Indonesia meninggal disambar petir

Feb 13, 2024 | 11:47 AM



BANDUNG: Penghormatan mencurah-curah diberi masyarakat bola sepak Indonesia berikutan kematian seorang pemain yang disambar petir semasa satu perlawanan pada 10 Februari.


Pemain itu, yang dikenal pasti sebagai Septian Raharja, 35 tahun, daripada kelab Football Boots Indonesia (FBI) Subang, sedang bermain dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Siliwangi di Bandung apabila kejadian itu berlaku.

Dalam video yang dikongsi secara meluas di media sosial, Septian dilihat sedang berjalan di padang apabila kilat menyambarnya dan beliau dilihat rebah.

Seorang lagi pemain yang berdiri berhampirannya dilihat terjatuh selepas kejadian itu.

Seorang saksi, yang merupakan pemain pasukan lawan yang dikenal pasti dengan gelaran GJ, memberitahu media berita Kompas bahawa langit mendung dan cuaca panas semasa perlawanan berlangsung.


GJ berkata kededua kaki Septian dilihat melecur merah, dan beliau juga mengalami parut di dadanya.

Pakaian beliau koyak, tambah beliau.

Beberapa pemain dilihat melarikan diri dari tempat yang dipanah petir itu manakala rakan sepasukan Septian dilihat bergegas ke arahnya.

Dalam satu lagi video, rakan sepasukan Septian dilihat mengangkatnya keluar dari padang.

Menurut akhbar Indonesia, PRFMnews, Septian masih bernafas setelah disambar petir pada kira-kira 3.30 petang.


Jersinya koyak akibat disambar petir, kata PRFMnews.


Beliau diisytiharkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Sariningsih, yang terletak hanya satu kilometer dari stadium tersebut.

FBI Subang memuat naik gambar Septian di akaun Instagramnya dengan kapsyen menulis tarikh kematian dan emoji bunga mawar.

Antara ratusan komen yang mengucapkan salam takziah mereka ialah bekas penyerang pasukan nasional Indonesia Cristian Gonzales.

Sebuah lagi pasukan di bawah payung FBI, daripada kabupaten (daerah pentadbiran) Magelang, memuat naik gambar pemainnya sedang bertafakur seketika untuk memperingati Septian.

Tragedi di Indonesia itu berlaku hampir dua dekad selepas kejadian serupa di Singapura.

Pada Mac 2004, Jiang Tao, seorang pemain berusia 18 tahun bersama kelab Liga-S China Sinchi FC, yang sudah dibubar, meninggal dunia selepas dipanah petir semasa latihan di Stadium Jurong, yang telah dirobohkan.

(Amaran: Video di bawah mengandungi kandungan yang mungkin membuat sesetengah orang tidak selesa.)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >