DOHA: Sebagai bekas pemain bola sepak antarabangsa, Marcel Desailly, gemar menonton perlawanan di peringkat kejohanan kelab dan antarabangsa.
Menurutnya, beliau biasanya tidak akan menonton perlawanan selama 90 minit penuh, melainkan semasa beliau bertugas di dalam studio semasa melibatkan satu perlawanan.
Desailly yang kini berada di Doha, tempat beliau bekerja dalam membuat liputan Liga Juara-Juara bagi salah sebuah saluran sukan, berkata:
“Biasanya saya tidak menonton penuh selama 90 minit melainkan saya sedang mengerjakan permainan di studio. Tetapi saya suka menonton 90 minit perlawanan (peringkat) kejuaraan.
“Intensitinya memang luar biasa. Dan secara teknikal, mereka benar-benar bermain dengan baik.”
Mungkin ini bukan apa yang anda jangkakan untuk mendengar daripada pemain yang pernah menjulang Liga Juara-Juara bersama Marseille dan Milan, Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah bersama Perancis.
Beliau pemain pertahanan hebat yang digeruni dan telah memperuntukkan sebahagian besar kerjayanya di peringkat tertinggi dalam dunia bola sepak.
Tetapi dalam banyak perkara, Desailly sebenarnya seorang individu yang biasanya menentang naluri.
Desailly pernah meninggalkan liga Italy, Serie A apabila ia merupakan liga terbaik di dunia dan kemudian berpindah ke Chelsea, yang bukan kelab terbaik di London.
Beliau juga berpindah ke Qatar pada pertengahan 2000-an, lama sebelum ia menjadi kuasa besar bola sepak di peringkat sejagat.
Kepakaran taktikal dan teknikalnya boleh menjadikannya jurulatih yang cemerlang.
Sebaliknya beliau benar-benar berpuas hati untuk melakukan apa sahaja yang membuatnya bergerak.
Antaranya melakukan sedikit perniagaan, sedikit kerja amal, serta sedikit kepakaran dalam menjangkakan keputusan perlawanan.
Kini beliau giat terlibat dalam siri dokumentari Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang baru berjudul, Moment of Truth, yang boleh didapati di United Kingdom (UK) buat kali pertama.
Ramai yang mungkin terlupa tentang perlawanan akhir Piala Eropah 1994 antara AC Milan dengan Barcelona.
Dalam perlawanan tersebut, Desailly bermain di bahagian tengah, dengan prestasi cemerlangnya berjaya membantu pasukannya meraih gol keempat buat AC Milan.
Pada masa yang sama, beliau juga dikatakan ‘membuli’ seorang bekas pemain dalam pasukan lawan, Pep Guardiola, yang tidak tahu tentang banyak perkara.
“Dari 1994 hingga 1996 atau 1997, saya merupakan pemain midfield pertahanan terbaik dalam pasaran.
“Saya diterima bermain bola sepak yang ketika itu tidak begitu teknikal, dan sebaliknya menggunakan lebih banyak kekuatan fizikal.
“Kemudian pada 1997, saya sedar yang bola sepak sedang berkembang.
“Lebih ramai pemain dengan kemahiran teknikal yang menyertai sistem ini.
“Antaranya Patrick Vieira (dari Perancis), yang bermain di Milan. Anda juga ada Edgar Davids (dari Belanda).
“Ia merupakan permulaan apabila para pemain ini bermain dengan satu sentuhan, dan apabila anda kenakan tekanan ke atas mereka, mereka mempunyai kemahiran untuk menukarnya menjadi satu permainan menarik.
“Kekuatan saya hanya untuk bermain pantas, dan lebih kuat daripada lawan. Dan ini semua berlaku semasa saya sedar yang saya mampu merampas bola.
“Kini anda mempunyai para pemain seperti Toni Kroos (dari Jerman) atau Luka Modric (dari Croatia), yang mampu bermain dalam separuh masa pertama dan kedua, dan menghentikan tekanan anda serta-merta,” tambahnya,
“Kecergasan para pemain telah banyak berubah.
“Selain daripada kecergasan, penggunaan teknikal juga di mana, cara setiap orang mempunyai keupayaan semasa mengawal bola.
“Kami menghentikannya dengan sebelah kaki.
“Sekarang mereka letakkan kaki mereka ke atas, dan menggerakkannya mengikut orientasi yang mereka inginkan.
“Saya pernah berbincang dengan Frank Lampard dahulu.
“Saya bertanya:
“Adakah ia lebih cepat daripada semasa saya bermain? Dan beliau menjawab: Tidak, ia tidak lebih cepat. Cuma pemain mempunyai lebih banyak keupayaan dan pemahaman tentang taktik. Jadi bolehkah saya bermain hari ini sebagai pemain pertahanan? Ya. Sebagai pemain tengah? Mungkin tidak.”
Desailly juga memberi pandangannya ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah menjadi jurulatih.
“Saya menjalani kursus lencana kejurulatihan saya.
“Satu-satunya sebab saya tidak melakukannya adalah disebabkan gaya hidup.
“Saya tidak mahu terdorong dengan hanya melakukan satu perkara dalam hidup saya.
“Kerana apabila anda seorang jurulatih, ia adalah perkara 1 peratus melibatkan jiwa anda.
“Anda perlu mengubah pengetahuan yang telah anda bina selama 20 tahun semasa menjadi pemain bola sepak, mencipta semula falsafah yang berbeza dan dapat menerapkannya pantas.
“Saya tidak bersedia menghadapi kekecewaan itu,” katanya. – Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg