Romelu Lukaku
(Belgium)
PEMAIN berusia 28 tahun ini melangkah ke Euro 2020 dengan reputasinya sebagai penyerang handal diperkukuh menyusuli persembahannya yang baik dengan kelab Italy, Inter Milan. Lukaku menjaringkan 44 gol dalam 66 perlawanan untuk Inter musim lalu, membantu pasukan itu menjulang kejuaraan liga Serie A.
Simon Kjaer
(Denmark)
KAPTEN Denmark ini sudah pun digelar seorang wira setelah menyelamatkan nyawa pemain bintang Denmark, Christian Eriksen, dengan memberikan pemain itu bantuan pernafasan (CPF) sejurus beliau rebah di padang semasa perlawanan menentang Finland ekoran serangan jantung.
Aleksandr Golovin
(Russia)
PEMAIN 'midfield' berbakat ini adalah hanya satu daripada empat pemain dalam skuad 26-pemain Russia yang tidak mewakili kelab dalam Liga Perdana di negara itu.
Golovin, seorang 'playmaker', mewakili kelab Perancis, Monaco.
Teemu Pukki
(Finland)
PENYERANG kelab England, Norwich City, ini memulakan kerjaya profesional pada usia 15 tahun. Beliau merupakan pemegang rekod Finland dengan 30 gol dalam 90 perlawanan. Penyerang berusia 31 tahun ini juga menjaringkan 26 gol untuk membantu Norwich kembali ke Liga Perdana England.
- Agensi berita