Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BADMINTON

Pemain nasional Yeo Jia Min bangkit di Terbuka Poland

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



SETELAH mencapai tahun cemerlangnya pada 2021 ketika beliau menjadi warga Singapura pertama melayakkan diri ke Pusingan Akhir Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Sedunia (BWF), pemain badminton wanita terbaik negara Yeo Jia Min telah mengharungi 2022 dan permulaan 2023 yang lebih sukar.



Rekodnya sekadar satu kemenangan dalam 11 perlawanan dan ranking beliau merosot daripada tangga ke-16 - yang tertinggi baginya - kepada tangga ke-35.



Perkembangan itu mendorong Persatuan Badminton Singapura (SBA) menyertakannya dalam kejohanan berperingkat lebih rendah, iaitu Terbuka Poland - acara Cabaran Antarabangsa (IC) yang berada satu gred di bawah struktur Jejalah Dunia BWF.



Tindakan itu berhasil apabila Yeo menamatkan 'kemarau' kejohanan pada Ahad, apabila beliau menewaskan pemain nombor ke-65 dunia dari Turkey, Neslihan Yigit 21-13, 21-11 di final acara perseorangan wanita.



Selain wang tunai AS$1,200 ($1,600) yang dimenanginya, Yeo juga memperoleh gelaran antarabangsa keempat.



Yeo, menulis di Instagram, menyifatkan kemenangan itu sebagai "minggu memulihkan diri" di mana beliau menemui semula rentaknya untuk mengalahkan warga Slovakia Martina Repiska (ranking ke-95), warga Turkey Ozge Bayrak (ke-208), Vivien Sandorhazi dari Hungary (ke-87), pemain Perancis Oktavia Pancasari (ke-157) dan Yigit dalam 'straight set' atau dua set berturut-turut.



Ini akan memberikannya rangsangan menjelang pertandingan Masters Sepanyol yang bermula Selasa.



Beliau berkata: "Secara mental, ia sukar buat saya sebab saya tidak memenangi perlawanan baru-baru ini dan saya tidak pasti bagaimana untuk menangani tempoh sukar ini.



"Melangkah ke minggu ini, saya memberi tumpuan untuk mengatasi perasaan ini dengan keyakinan setiap hari. Ia membantu saya untuk memastikan minda saya dalam keadaan lebih baik apabila bersaing. Saya harap kemenangan ini akan mencetuskan prestasi terbaik saya dan memberi saya lebih keyakinan menjelang tempoh kelayakan Sukan Olimpik (1 Mei 2023 hingga 28 April 2024)."



Pengarah teknikal SBA Martin Andrew memuji etika kerja Yeo walaupun beliau mengalami kesukaran baru-baru ini.



Beliau berkata: "Sepanjang 12 bulan lalu, beliau telah dipadankan dengan perlawanan yang sukar apabila menentang beberapa pemain hebat... dan tidak merebut beberapa peluang apabila ia muncul.



"Namun, beliau tidak pernah berhenti bekerja keras, sedang kami berusaha untuk memahami cara untuk menggunakan kekuatannya sambil bermain dengan gaya yang sesuai dengannya."



Andrew menjelaskan bahawa keputusan menghantar Yeo ke Terbuka Poland adalah untuk mendapatkan beberapa kemenangan kompetitif dalam kejohanan yang kerap menjadi salah satu kejohanan terkuat IC di Eropah.



Ia juga bertujuan membolehkan beliau mengumpulkan lebih banyak mata ranking berbanding yang mungkin diperolehnya di kejohanan peringkat lebih tinggi - seperti Terbuka Swiss (Acara Super 300) - jika beliau kalah pada pusingan awal.



Rakan senegara Jin Yujia dan Crystal Wong turut menang dalam perlawanan akhir beregu wanita apabila mereka, pasangan nombor ke-23 dunia menewaskan pasangan ranking ke-34 Canada Catherine Choi dan Josephine Wu 21-17, 17-21, 21-15 untuk meraih gelaran dan cek AS$1,350.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >