Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain Nice, Atal dipenjara lapan bulan, didenda cetus kebencian agama

Jan 4, 2024 | 10:47 AM
DIKENAKAN HUKUMAN: Pemain Nice, Youcef Atal (kiri) semasa beraksi menentang Sheriff Tiraspol dalam Liga Persidangan Europa pada Mac 2023.
DIKENAKAN HUKUMAN: Pemain Nice, Youcef Atal (kiri) semasa beraksi menentang Sheriff Tiraspol dalam Liga Persidangan Europa pada Mac 2023. - Foto REUTERS

PARIS: Pemain bola sepak nasional Algeria, Yocef Atal telah dijatuh hukuman penjara lapan bulan yang kini digantung, serta denda £38,000 ($65,000) oleh mahkamah di Nice kerana menerbitkan semula kiriman sosial media mengenai konflik Israel-Palestin.

Mahkamah berkata kiriman media sosial pemain itu mencetus kebencian berdasarkan agama.

Youcef, yang telah berada di Nice sejak 2018, digantung oleh kelab Liga Satu Perancis itu pada Oktober ekoran perbuatan tersebut.

Pemain itu telah memadamkan kiriman media sosial tersebut. 

Tindakan ketenteraan udara dan darat oleh Israel di Gaza sejak Oktober telah mengorbankan sekitar 22,000 warga Palestin, kata kementerian kesihatan di Gaza. 

Perbuatan itu adalah tindakan serang balas selepas kumpulan Hamas membunuh lebih 1,400 warga Israel pada 7 Oktober. 

Sehari selepas tindakan Hamas pada 7 Oktober, Youcef menerbitkan semula video 35 saat yang menunjukkan seorang ulama Palestin yang bercakap mengenai bangsa Yahudi, lapor akhbar Nice-Matin. 

Youcef telah memohon maaf di atas kiriman itu. 

“Saya sedar kiriman saya itu mengejutkan ramai orang... dan saya memohon maaf,” kata pemain berusia 27 tahun itu pada ketika itu.

Dihubungi Reuters, peguam Youcef tidak memberikan sebarang komen. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg