Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemain tenis nombor satu wanita dunia tersingkir di Terbuka Qatar

Feb 12, 2025 | 2:15 PM
Pemain tenis nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, tewas di tangan pemain Russia, Ekaterina Alexandrova 3-6, 6-3, 7-6 (7/5) dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung selama dua setengah jam di Terbuka Qatar pada 11 Februari.
Pemain tenis nombor satu dunia, Aryna Sabalenka, tewas di tangan pemain Russia, Ekaterina Alexandrova 3-6, 6-3, 7-6 (7/5) dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung selama dua setengah jam di Terbuka Qatar pada 11 Februari. - Foto AFP

DOHA (Qatar): Pemain nombor satu wanita tenis dunia, Aryna Sabalenka, kalah mengejut pada pusingan kedua Terbuka Qatar pada 11 Februari.

Srikandi Belarus itu disingkirkan Ekaterina Alexandrova dari Russia 3-6, 6-3, 7-6 (7/5)) dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama dua setengah jam.

Ini adalah perlawanan pertama Sabalenka sejak beliau tewas di final Terbuka Australia kepada Madison Keys pada Januari lalu.

Alexandrova tiba di Doha dengan prestasi yang baik selepas merangkul kejuaraan Persatuan Tenis Wanita (WTA) kelimanya di Linz, Austria, pada 2 Februari.

Pemain tenis yang berada di kedudukan ke-26 dunia itu kalah dalam set pertamanya, tetapi bangkit untuk memenangi set kedua.

Ketika skor 2-2 dan Sabalenka mendahului 40-30, seekor kucing berlalu di tepi gelanggang, sebelum keluar daripada situ.

Walaupun sedikit terganggu dengan kehadiran kucing itu, Alexandrova tetap fokus dan berjaya menyamakan kedudukan.

Beliau terus bermain dengan tenang sehingga berjaya ke set tie break yang dimenanginya 7-5.

Sabalenka kembali bertanding di Terbuka Qatar buat kali pertama sejak 2022, setelah memenangi gelaran 2020 dalam acara pertama WTA 1,000 musim ini.

Alexandrova akan mara ke pusingan 16 terakhir, menentang pemain Belgium, Elise Mertens.

Turut tersingkir ialah Coco Gauff yang tewas kepada pemain Ukraine, Marta Kostyuk.

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Gauff, mensesiakan kelebihannya pada set kedua apabila Kostyuk menang 6-2, 7-5 dan melangkah ke pusingan ketiga untuk bertemu Magda Linette dari Poland.

Bekas juara Wimbledon, Elena Rybakina, juga mara ke pusingan 16 terakhir.

Selain itu, Ons Jabeur mengatasi Zheng Qinwen dan bakal bertemu juara Terbuka Australia 2020, Sofia Kenin, untuk pusingan seterusnya. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg