Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

tenis

Pemain tenis S’pura mulakan langkah di kolej Amerika

Jul 03, 2023 | 01:19 PM



Sehingga akhir 2020, nama pemain tenis Singapura, Jerall Yasin, terus menyerlah.

Bukan sahaja beliau mencapai ranking ke-416 kategori lelaki junior dalam Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), bahkan juga menduduki senarai pemain bawah usia 18 tahun terbaik di Singapura.

Namun beliau kemudian terpaksa menyahut panggilan menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 2021.

Mengimbangi antara latihan ketenteraan pada hari biasa dengan sesi tenis pada hujung minggu, beliau terus berusaha menjalani latihan pertandingan memandangkan perlawanan setempat terpaksa ditangguhkan akibat pandemik.

Yasin, 20 tahun, memberitahu The Straits Times: “Agak sukar untuk berlatih, kerana selepas jalani latihan di kem, anda akan rasa amat penat.


“Keesokan harinya, bukan hari terbaik untuk berlatih kerana tubuh anda belum cukup berehat.”

Namun latihan berjam-jam yang dijalaninya tidak cukup menggantikan pertandingan yang berintensiti tinggi.

Meskipun Yasin pernah dihampiri jurulatih ternama daripada Divisyen Satu Persatuan Atletik Kolej Nasional Amerika Syarikat (NCAA), namun tempoh dua tahun tidak melakukan apa-apa membuatkan mereka teragak-agak membuat tawaran secara formal.

“Saya telah berbual dengan beberapa sekolah yang baik di Amerika, yang berada dalam kedudukan (ranking) 40 hingga 50 di sana.

“Namun kerana saya katakan yang saya jalani NS maka mereka agak kurang pasti, memandangkan saya tidak bermain untuk tempoh dua tahun,” katanya.

Selepas menamatkan NS pada November, Yasin berjaya mendapatkan biasiswa sukan di Universiti North Dakota (UND), salah sebuah kolej Divisyen Satu NCAA yang berada dalam kalangan ranking 80 institusi Divisyen Satu teratas daripada lebih 300 institusi.

“Saya anggap apa yang mendorong saya semasa NS adalah untuk melangkah ke kolej. Saya akan sentiasa berlatih bersungguh-sungguh pada hujung minggu dan saya akan letakkan latihan sebagai keutamaan saya,” katanya.

Tambahan, Yasin telah pun mencapai kejayaan semasa pertandingan junior ITF.

Namanya naik daripada tangga ranking ke-1,645 kategori junior pada Disember 2017 ke tangga ke-669 pada Julai 2019 sebelum akhirnya mencapai kerjaya tertinggi di tangga 402 pada November 2020.

Pertandingan junior ITF menawarkan pemain berusia 18 tahun dan mereka yang kurang peluang untuk bersaing di peringkat dunia dalam enam peringkat pertandingan – daripada peringkat JA (termasuk Grand Slam junior) sehingga ke peringkat J1, J2, J3, J4, dan J5, yang merupakan gred terendah.

Yasin, yang memenangi kejuaraan J5 Singapura pada September 2020, berkata:

“Saya rasa kolej merupakan satu laluan baik kerana pertandingan ini amat baik dan menawarkan semuanya – daripada jurulatih yang berdedikasi sehingga ke pemakanan sihat dan kecergasan. Terdapat struktur yang baik di sini.

“Anda berpeluang bermain dengan pemain terbaik dalam kumpulan usia ini. Sekiranya anda perhatikan pemain profesional seperti Ben Shelton (yang bermain tenis di peringkat kolej), saya fikir kolej adalah ukuran baik untuk menentukan sejauh mana anda boleh melangkah.

“Ia satu batu loncatan baik ke arah pertandingan profesional.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >