Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan maya boleh sertai Olimpik seawal 2024

IOC beri tumpuan kepada sukan maya, permainan video, sejenis e-sukan tidak disertakan dahulu
Jun 27, 2023 | 01:55 PM



Taekwondo, kapal layar dan tenis yang dimainkan di alam maya boleh disertakan dalam Sukan Olimpik seawal 2028 menyusuli penyertaannya dengan jayanya dalam Minggu E-Sukan Olimpik di Singapura minggu lalu.

Namun, sukan elektronik (e-sukan) yang dianggap lebih ‘tradisional’, seperti permainan Dota 2 dan League of Legends –sebahagian besar punca kebangkitan e-sukan di dunia – dijangka tidak akan disertakan.

Diadakan di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapura pada 22 hingga 25 Jun, E-Sukan Olimpik sulung itu menjadi sasaran kecaman beberapa penggiat sukan elektronik yang kurang faham mengapa permainan e-sukan tradisi tidak dipertandingkan.

Sebaliknya, 10 permainan video jenis simulasi sukan dipertandingkan. Ia termasuk memanah, bola lisut dan berbasikal. Satu permainan lumba kereta, Gran Turismo 7 dipertandingkan, sementara permainan video Fortnite menyediakan wadah bagi pertandingan menembak.

Dalam laporan The Straits Times (ST), pengarah sukan Kit McConnell berkata ada kemungkinan sukan maya disertakan dalam program Sukan Olimpik Musim Panas di masa depan.


Ini menyusuli keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkongsi rancangan menjadikan Minggu E-Sukan Olimpik acara tahunan. 

Namun, beliau berkata e-sukan tidak dijangka akan disertakan dalam Sukan Olimpik.

“Buat masa ini, kami tidak melihat e-sukan disertakan dalam program Olimpik.

“Sebaliknya, kami menganggap e-sukan sebagai identiti tersendiri dan adalah aset tersendiri. Namun ada kemungkinan sukan maya fizikal, seperti berbasikal disertakan dalam program Olimpik dan ini akan diputuskan bagi Olimpik Los Angeles 2028.

Keputusan ini akan diambil menyusuli Olimpik Paris. 







“Secara keseluruhannya, e-sukan mempunyai identiti dan acara tersendiri dalam pergerakan Olimpik,” ujar McConnell. 

Atlet yang menyertai E-Sukan Olimpik sulung pada minggu lalu berkata mereka berharap e-sukan disertakan dalam Olimpik musim panas. 

Atlet berbasikal dari Afrika Selatan, James Barnes, yang memenangi lumba basikal di Singapura berkata:

“Ini adalah permulaannya, ini adalah pemangkin dan ini adalah langkah pertama.”

“Sebenarnya, mengadakan acara ini adalah satu pengiktirafan bagi IOC, dan saya harap ini adalah langkah semula jadi dari segi kemajuan e-sukan yang boleh diteruskan.”

Walaupun e-sukan tidak dijangka disertakan dalam jadual Olimpik, masyarakat e-sukan berharap sukan ini dapat dikekalkan dalam pergerakan Olimpik.

E-Sukan Olimpik sulung di Singapura menarik penyertaan 20,000 orang dalam pertandingan yang berlangsung empat hari.

Permainan video yang dipamerkan kepada pengunjung, seperti Street Fighter 6 mendapat sambutan baik. 

Warga Jepun, Hajime ‘Tokido’ Taniguchi, yang juga juara tiga kali Siri Kejohanan Evolution berkata pertandingan di Singapura itu amat penting bagi penggiat permainan ‘bersaing’ kerana ia tidak disukai semua pihak. 

“Menerusi perkembangan ini, apabila permainan video sedemikian mendapat sokongan IOC, ia boleh memberi manfaat,” ujar beliau yang berusia 37 tahun. 

“Saya rasa acara seperti ini, boleh menarik perhatian ramai dan memberi kesan meluas.”

Ketua jurulatih pasukan e-sukan Bleed Esports, Daryl Ng yang akur kurang faham mengapa permainan video yang popular tidak disertakan di Singapura berkata:

“Acara E-Sukan Olimpik ini adalah yang pertama diadakan dan adalah sukar untuk menentukan sama ada ia berjaya atau tidak.

“Namun, jika edisi selanjutnya juga bersifat sebegini, mungkin penggiat e-sukan akan mendapatinya amat mencabar untuk memberi sokongan yang serupa.”

Bersependapat, pemain permainan Street Fighter dari Singapura, Brandon Chia berkata keputusan mengecualikan pemain permainan video ‘tradisional’ adalah mengecewakan. Namun beliau berpendapat penganjur akan menjadi lebih peka dalam membuat keputusan penting pada masa depan.

“Ini masih pertandingan yang baru dan penganjur juga perlukan masa untuk mencapai kesempurnaan,” ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >