Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain terus boikot pasukan nasional wanita Sepanyol

Tolak undangan sertai skuad terkini pertandingan Liga Negara-Negara
Sep 19, 2023 | 11:33 AM



SEPANYOL: Pemain bola sepak Sepanyol menekankan bahawa mereka memboikot pasukan kebangsaan wanita negara itu meskipun dipanggil untuk menyertai skuad terkininya.


Seramai 15 pemain pasukan itu yang menjulang Piala Dunia pada Ogos disertakan dalam skuad bagi pertandingan Liga Negara-Negara.

Sekumpulan 81 pemain memboikot pasukan nasional itu selepas ketua Persatuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales, mencium penyerang pasukan itu, Jenni Hermoso, selepas final Piala Dunia pada Ogos.

Rubiales kemudian meletak jawatan.

Pada Jumaat, 39 pemain – termasuk 21 daripada 23 pemenang Piala Dunia – berkata boikot mereka itu akan diteruskan hingga perubahan lanjut dibuat dan mereka masih belum berasa mereka berada di tempat yang selamat.

Alexia Putellas, pemenang Anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali, antara 15 pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad yang menang Piala Dunia itu.

Sebelum ini, Hermoso menegaskan bahawa ciuman di mulut itu dibuat tanpa izinnya, mencetuskan perdebatan nasional tentang budaya maco dalam bola sepak.

Hermoso diketepikan daripada skuad yang diumumkan oleh jurulatih baru Montse Tome.

Selepas ramai pemain yang menyertai skuad itu dalam Piala Dunia Wanita dipilih bagi perlawanan akan datang, ramai yang berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan mengambil keputusan terbaik demi masa depan dan kesihatan mereka.

“Kami kesal kerana persekutuan menempatkan kami dalam situasi yang tidak pernah kami inginkan,” kata kenyataan yang dikeluarkan atas nama para pemain pasukan wanita terbaik Sepanyol.

Kenyataan itu tidak dikongsi oleh kesemua pemain di media sosial.

Antara yang mengongsinya ialah beberapa pemain terkemuka pasukan itu, seperti Alexia Putellas dan Aitana Bonmati.

Sumber berkata pemain terkejut dengan panggilan itu.

Jika menolak panggilan itu, pemain boleh dikenakan sekatan, termasuk denda hingga 30 ribu euro ($43,000) dan penggantungan lesen persekutuan mereka selama dua hingga 15 tahun mengikut Akta Sukan Sepanyol.

“Jikalau pemain tidak hadir, pemerintah mesti menggunakan undang-undang.

“Saya minta maaf untuk menyatakan demikian, tetapi kami mesti melakukan apa yang perlu dilakukan,” kata ketua agensi sukan kebangsaan pemerintah Sepanyol, Victor Francos, kepada stesen radio SER.


“Saya mempunyai keyakinan terhadap pemain. Saya percaya mereka profesional,” kata Tome apabila ditanya apakah pemain yang dipanggil akan hadir.

Sekumpulan 39 pemain berkata mereka mahukan perubahan selanjutnya di persekutuan bola sepak kerana peletakan jawatan Rubiales dan penggantian Vilda tidak mencukupi untuk mereka kembali.

Persekutuan itu berkata dalam satu kenyataan ia mengakui perlunya perubahan struktur dan menjelaskan siapa bertanggungjawab tentang tingkah laku yang diketengahkan pemain. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >