Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Pemain Warriors lewat terima gaji lagi

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



PEMAIN bola sepak kelab Warriors FC, sekali lagi lewat menerima gaji mereka pada bulan ini.



Pasukan yang menjuarai liga domestik sebanyak sembilan kali itu sepatutnya membayar gaji pemain pada hari pertama setiap bulan.



Tetapi pemain hanya menerima gaji bagi Ogos lalu selewat 12 September.



Akhbar The Straits Times melaporkan sehingga malam kelmarin, difahamkan tiada pemain yang telah menerima gaji mereka bagi September.



Semasa ditemuramah akhbar tersebut, seorang pemain, yang enggan identitinya didedahkan, berkata:



"Sekiranya anda tiada simpanan dan bergantung kepada gaji untuk bayar bil, anda akan hadapi masalah.



"Sebahagian kami mempunyai anak untuk dijaga, keluarga yang perlu ditampung, dan rumah yang perlu dibayar.



"Saya beruntung kerana isteri saya juga bekerja, maka kami dapat juga harungi masa ini."



Pengurus Besar Warriors FC, Paul Poh, mengakui kelab tersebut tidak dapat membayar gaji pemainnya tepat pada masa, tetapi kemudian menyalahkan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



FAS mengagihkan dana kepada kelab-kelab bola sepak setiap bulan - sehingga $65,000 bagi setiap kelab - selepas kelab-kelab tersebut mengemukakan satu set dokumen menjelang tanggal 24 hari bulan pada setiap bulan.



Ini termasuk borang CPF90, dan satu rekod bayaran yang dibuat kelab-kelab pada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pemain.



FAS kemudian mengambil tempoh dua minggu untuk memproses dokumen-dokumen tersebut sebelum mengagihkan dana itu kepada kelab-kelab tersebut - paling lewat menjelang tanggal 7 haribulan pada setiap bulan - dalam bentuk cek.



Berkaitan dana September lalu, Poh menjelaskan FAS telah mengarahkan kelab-kelab agar mengambil cek mereka hanya pada 5 Oktober lalu.



Akibatnya, cek hanya dapat dijelaskan menjelang petang kelmarin.



Sebuah lagi kelab turut memberi penjelasan sama, namun tiada masalah yang dilaporkan bagi lima kelab Liga Perdana Singapura (SPL) lain.



Poh berkata pemain akan dibayar dalam tempoh dua hari dan telah meminta agar diadakan semakan semula proses dana itu.



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >