Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu pasukan Stake mahu lebih agresif dalam musim ketiga

Feb 7, 2024 | 11:51 AM
Guanyu Zhou ingin lebih agresif dalam musim lumba kali ini.
Guanyu Zhou ingin lebih agresif dalam musim lumba kali ini. - Foto REUTERS

LONDON: Pemandu Formula Satu (F1), Guanyu Zhou merancang pendekatan lebih agresif dalam musim ketiganya dalam sukan tersebut bersama pasukan Sauber yang kini dikenali sebagai Stake.

Zhou yang merupakan satu-satunya pemandu asal China berkata sudah tiba masanya untuk beliau lebih berwawasan dan menerapkan pengajaran yang ditimba dalam dua kempen awalnya sebelum ini.

Sauber akan bersaing sebagai Stake F1 pada musim 2024 dan 2025 sebelum berubah kepada pasukan Audi, mempunyai ramai pemandu yang tidak sabar untuk sertai mereka – menjadikan masa depan Zhou agak tidak menentu.

“Saya fikir tahun ini saya ingin berubah sedikit cara pendekatan saya, dan jadi lebih agresif, lebih berwawasan secara umumnya,” katanya kepada agensi Reuters semasa pelancaran pasukan itu.

“Ramai pemandu yang ketiadaan kontrak maka akan terdapat banyak perubahan dalam pasaran pemandu ... saya ingin pastikan saya mempunyai musim yang cukup kukuh demi masa depan saya dalam Formula Satu.

“Saya bak orang baru dalam tahun pertama, dan tahun kedua kerana enggan ambil risiko tinggi.

“Dan ketika itu saya hanya ingin pastikan saya lakukan sedikit sahaja kesilapan kerana dapat dilihat jika pemandu buat kesilapan, mereka hanya kekal kurang dua tahun dan kemudian mereka dikeluarkan,” tambahnya.

“Itulah cara pendekatan saya dalam setahun setengah pertama tapi kini saya akan ubahnya.”

Sauber yang berpangkalan di Switzerland bersaing sebagai Alfa Romeo pada musim lalu dan menduduki tempat kesembilan dalam kalangan 10 pasukan, dengan pemandunya, Valtteri Bottas meraih 10 daripada 16 mata.

Zhou mendapat tempat kesembilan tiga kali tapi meraih masa terpantas dalam litar, tanpa mata bonus, dalam musim pembukaan di Bahrain.

Beliau juga mendapat tempat kelima dalam Grand Prix di Hungary tapi kemudian berlanggar di litar sudut pertama dan menduduki tempat ke-16.

Beliau juga meraih enam mata pada 2022, apabila Bottas mendapat 49 mata.

“Saya fikir kekal konsisten merupakan sesuatu yang boleh diperbaiki,” katanya.

“Saya fikir bahawa selepas dua tahun dalam Formula Satu, tahun ini merupakan masa di mana saya akan berikan segalanya, bersama dengan pasukan kami.

“Dua musim sebelum ini merupakan detik pelajaran buat saya,” tambah Zhou, yang akan sertai Grand Prix China di Shanghai buat kali pertama April ini.

Musim terbaru Formula Satu akan bermula di Bahrain pada 2 Mac. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg