Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin S’pura beri penghormatan kepada Schooling

Apr 2, 2024 | 4:09 PM
Joseph Schooling (memegang kamera) bergambar bersama Encik Lee (sebelah kirinya) serta para menteri dan anggota parlimen (AP) lain di bangunan Parlimen pada 2016.
Joseph Schooling (memegang kamera) bergambar bersama Encik Lee (sebelah kirinya) serta para menteri dan anggota parlimen (AP) lain di bangunan Parlimen pada 2016. - Foto fail

Pemimpin Singapura melahirkan penghormatan buat satu-satunya pemenang pingat emas Olimpik negara ini, Joseph Schooling, dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau, menyusuli persaraannya pada 2 April. Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata pencapaian Schooling menunjukkan apa yang boleh dicapai dengan dorongan kuat untuk berjaya.

“Peristiwa Ogos 2016 (apabila Schooling menang pingat emas renang Olimpik) menunjukkan sukan dapat menyatupadukan rakyat Singapura. Tiada yang dapat menandingi teriakan gembira di serata pulau apabila Joseph menyentuh tepi kolam air, mendahului Michael Phelps dan bintang lain,” kata beliau dalam satu catatan di media sosial.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata dalam satu catatan Facebook Schooling: “Terima kasih kerana mengibarkan tinggi bendera kita. Semoga anda meraih yang terbaik dalam bab kehidupan anda selanjutnya!”

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pula berkata melalui media sosial: “Sedang Jo bersara hari ini, dengan almari penuh dengan pingat lain hasil lebih sedekad bersaing dalam pertandingan utama, kita mengingatinya bukan kerana pingatnya, tetapi kepercayaan yang beliau beri pada kita.

“Beliau memberi kita satu pengalaman yang belum pernah kita ada – kebanggaan, penghormatan dan kemuliaan di pentas sukan dunia dengan memenangi emas Olimpik, sebagai inspirasi bagi generasi yang menyusulinya untuk menyasarkan peringkat yang sama tinggi dan percaya pada diri mereka sendiri,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg