Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Satu-satunya juara Olimpik negara Joseph Schooling bersara

Apr 02, 2024 | 07:33 AM



Joseph Schooling, satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik untuk Singapura telah bersara daripada sukan renang.

Schooling, 28 tahun, mengumumkan persaraannya itu dalam satu catatannya yang dimuat naik di Instagram pada 2 April, sekitar lapan tahun selepas beliau menggondol pingat emas dalam acara 100 meter kuak rama-rama di Sukan Olimpik Rio 2016.

Ikon renang Singapura itu tidak menyatakan sebab persaraannya tetapi beliau akan “memulakan pengembaraan baru”, tulisnya.

Schooling berkata: 

“Hari ini menandakan permulaan lembaran baru — saya akan bersara daripada sukan renang kompetitif.

“Saya dipenuhi dengan rasa syukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa oleh renang ke dalam hidup saya. Kemenangan itu menggembirakan, kekalahan itu merendah diri, dan bersama-sama, mereka telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya.”

Pengunduran Schooling daripada sukan itu muncul hampir dua tahun sejak kali terakhir beliau mewakili Singapura dalam arena renang.

Sukan SEA di Hanoi, Vietnam pada Mei 2022 merupakan pertandingan terakhirnya.

Dalam tahun sama, Schooling telah mula menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada Januari 2022. 

Sejak itu, Schooling, terlepas beraksi dalam beberapa temasya sukan — Sukan Komanwel pada Julai 2022, Sukan SEA Kemboja pada Mei 2023 dan Sukan Asia Hangzhou pada September 2023 — walaupun melayakkan diri untuk mengambil bahagian.

Pada Ogos 2022, beliau juga terlibat dalam kontroversi dadah, yang mana beliau dan rakan perenang, Teong Tzen Wei dan Amanda Lim, mengaku mengambil ganja.

Sokongan ketiga-tiga mereka telah digantung oleh Majlis Sukan Singapura dan mereka dilarang daripada menyertai latihan pasukan nasional selama sebulan menyusuli semakan dalaman.

Schooling, Teong dan Lim juga masing-masing didenda $10,000, $3,200 dan $2,800 oleh Majlis Olimpik Nasional Singapura kerana melanggar tatakelakuannya.

Namun begitu, Olahragawan Terbaik Singapura sebanyak enam kali itu memiliki kerjaya renang yang menakjubkan. 

Selain kemenangan bersejarahnya di Sukan Olimpik Rio pada 2016, beliau juga merangkul tiga pingat emas Sukan Asia, sebutir pingat perak Sukan Komanwel dan 29 pingat emas di Sukan SEA.

Schooling ialah pemenang pingat emas Sukan Olimpik pertama dan satu-satunya Singapura.

Beliau yang berusia 21 tahun pada ketika itu meraih pencapaian tersebut dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter setelah menewaskan idola zaman kanak-kanaknya, Michael Phelps dari Amerika Syarikat. 

“Tidak perlu dikatakan, saya berhutang budi yang tidak terhingga kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokong saya; dorongan dan kepercayaan anda telah menjadi sumber motivasi yang berterusan sepanjang perjalanan saya,” kata Schooling.

Schooling juga mempunyai sekolah renangnya, Swim Schooling. Sekolah itu, yang dilancarkan pada 2018, diuruskan oleh ibunya, May Schooling. 

Bapa Schooling, Colin Schooling, yang menjadi penyokong kuatnya, meninggal dunia pada November 2021 akibat barah. 

“Walaupun saya mengundur diri daripada bersaing, berenang akan selamanya menjadi sebahagian daripada diri saya. Ia telah memberi saya platform untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengejar impian mereka, tidak kira apa yang berlaku.

“Saya tidak sabar-sabar untuk meneroka minat baru, menghadapi cabaran yang berbeza, dan melihat ke mana fasa kehidupan seterusnya membawa saya. Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong saya pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baru ini,” tambah perenang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >