Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Peminat tetap bersemangat, seronok walau dibasahi hujan, dipanah terik mentari

Oct 02, 2022 | 05:30 AM



SEKETIKA baju mereka kuyup dibasahi hujan lebat. Tidak lama kemudian, baju sama dibasahi peluh mereka di bawah cuaca panas terik dan lembap.



Apa pun, cuaca Singapura yang asyik berubah-ubah semalam tidak melunturkan semangat peminat yang hadir di perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Singapura 2022.



Bahkan, mereka kekal ghairah untuk menikmati keseronokan yang disediakan di litar Marina Bay.



Seorang warga Britain yang bertugas di Singapura, Encik David Lowe, 39 tahun, pergi menyaksikan GP Belanda di litar Zandvoort bulan lalu.



Namun, pengurus teknologi sumber manusia di sebuah agensi pelancongan dalam talian itu tetap teruja untuk mengalami GP Singapura.



"Di Zandvoort, semua orang berpakaian baju oren (bagi menyokong pemandu Belanda Max Verstappen daripada pasukan Red Bull).



"Tapi di sini anda dapat melihat peminat Ferrari, Mclaren dan Red Bull di mana-mana. Hebat rasanya dapat melihat kepelbagaian penyokong di perlumbaan ini," kata Encik Lowe.



Ini kali pertama beliau dan isterinya, Cik Clare Brennan, juga warga Britain, menghadiri GP Singapura.



Cik Brennan, 53 tahun, yang bekerja sebagai guru di Abu Dhabi, terbang ke Singapura untuk menonton perlumbaan itu secara langsung.



"Saya sangat kagum melihat pertunjukan lampu yang menggunakan dron semalam. Saya fikirkan ia adalah ajaib... Jadi, saya rasa sangat gembira dapat berada sini dan menikmati suasananya," ujar beliau.



Pasangan itu membelanjakan kira-kira $500 bagi tiket perlumbaan tiga hari.



Selain aksi di litar perlumbaan, hiburan di GP Singapura juga menjadi tumpuan ramai pengunjung, antaranya ialah pasangan suami isteri Encik Muhamad Imran dan Cik Siti Roziana, kedua-duanya penjawat awam berusia 36 tahun.



Warga Singapura itu, yang menghadiri perlumbaan semalam bersama anak mereka, Nur Irdina, 8 tahun, ghairah untuk menonton boy band dari Ireland, Westlife.



Walaupun mereka bukan peminat F1, pasangan itu teruja dapat hadir dan menikmati semula suasana cara besar-besaran seperti GP Singapura selepas pandemik Covid-19.



"Perlumbaan F1 ini bagus untuk ekonomi Singapura. Ia adalah acara global dan saya gembira melihat ramai orang dari negara lain di sini," kata Encik Imran.



Bagi pegerai di GP Singapura, penganjuran semula perlumbaan itu tahun ini amat dialu-alukan.



Sharifah Azizah Syed Aziz, 55 tahun, pengurus gerai Copper Chimney Singapore di Zon 3, berkata:



"Ini kali kedua kami berniaga di sini dan kami gembira dapat kembali menjadi sebahagian daripada perlumbaan F1."



Gerai hidangan India Utara seperti nasi beriani dan samosa itu salah satu daripada empat gerai makanan halal di GP Singapura.



Ia turut berniaga di GP Singapura pada 2019, kali terakhir perlumbaan diadakan sebelum menyepi dua tahun dek pandemik.



"Walaupun kelam-kabut menyediakan makanan untuk memenuhi permintaan ramai pelanggan, kami gembira melihat suasana keramaian sebegini. Kami hingga terpaksa tambahan bekalan makanan," kongsi Cik Azizah.



Lebih 268,000 penonton dijangka di edisi F1 Singapura kali ini, iaitu bilangan pengunjung pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >