Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Pendapatan EPL terus atasi liga utama lain di Eropah

Pendapatan $9.34 bilion pada musim 2021-22 hampir seganda lebih tinggi berbanding La Liga Sepanyol
Jun 19, 2023 | 05:30 AM



Liga Perdana England  (EPL) telah memperkukuh kedudukannya sebagai ketua dalam pasaran bola sepak Eropah bagi musim 2021-22, mengikut laporan kewangan tahunan yang dikeluarkan oleh Deloitte.

Pendapatan liga teratas di England itu adalah £5.5 bilion ($9.34 bilion) pada musim 2021-22, hampir seganda lebih tinggi berbanding pendapatan La Liga Sepanyol.

Kehadiran semula penonton di stadium serata Eropah menyusuli sekatan pandemik Covid-19 juga menyebabkan pendapatan meningkat 10 peratus dalam liga-liga di Eropah.

Namun, kos menampung gaji yang bertambah 15 peratus di lima liga terbesar telah menyebabkan kehilangan sebahagian keuntungan operasi.

“Angka awal menunjukkan bola sepak Eropah telah bangkit dengan baik daripada tempoh paling mencabar setakat ini,” kata Tim Bridge, ketua rakan kongsi di Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte.

“Menyusuli pelonggaran sekatan Covid-19, permintaan penonton yang sebelum ini disekat menyebabkan jumlah penonton pada hari perlawanan dan pendapatan komersial mencapai angka rekod di seluruh Eropah.”

Kelab-kelab liga teratas di England melaporkan pendapatan keseluruhan meningkat 12 peratus semasa musim 2021-2022 dan membolehkan pendapatan agregat rekod  £5.5 bilion dicapai.

Pendapatan pada hari perlawanan di EPL adalah  £763 juta – peningkatan sebanyak £732 berbanding musim 2020-2021, apabila kebanyakan perlawanan bola sepak dimainkan dalam stadium hampir kosong.

Menyusuli pembukaan semula stadium bola sepak pada Ogos 2021, jumlah penonton purata mencapai angka rekod 39,950 orang, yang menyebabkan pendapatan pada hari perlawanan mengatasi pendapatan £684 juta sehari pada musim 2018-2019 – iaitu sebelum pandemik melanda.

Menurut Deloitte, pendapatan komersial EPL yang mencecah angka rekod  £1.7 bilion adalah disebabkan minat yang diperbarui dalam kalangan penyokong bola sepak menyusuli pandemik. 

Bridge berkata minat dan permintaan antarabangsa terus memacu pertumbuhan pendapatan EPL tetapi memberi amaran pihak berkepentingan perlu mengutamakan operasi dan pendanaan berdaya tahan dan ia bertindak secara berwibawa untuk memastikan kejayaan yang berterusan.

Tujuh kelab EPL melaporkan ia mengurangkan gaji keseluruhan kakitangannya, termasuk pemain bola sepak dan staf lain tetapi kos gaji meningkat 6 peratus kepada  £192 juta, tahun kedua berturut-turut ia meningkat.

Peningkatan gaji terus mengatasi pertumbuhan pendapatan, tetapi menyusuli kenaikan £395 juga dalam perbelanjaan operasi kelab-kelab, keuntungan yang diraih – yang tidak termasuk dana daripada penjualan pemain – bagi musim 2021-2022 merosot £1 juta berbanding tahun sebelumnya, iaitu £459 juta.

Namun, kedudukan Newcastle United dan Chelsea, yang kededuanya diambil pemilik baru membantu mengurangkan hutang keseluruhan kelab-kelab EPL, sebanyak 34 peratus, daripada £4.1 bilion kepada £2.7 bilion.

Membandingkan lima liga utama Eropah


Pendapatan La Liga, walaupun meningkat 11 peratus kepada £2.8 bilion dalam musim 2021-2022, hanya separuh pendapatan EPL.

Kelab-kelab teratas di Sepanyol pula menjana £349 juta dalam pendapatan hari perlawanan, berbanding £302 juta pada musim 2019-2020.

Bundesliga di Jerman, yang terpaksa menunda musim yang telah bermula sebelum pandemik melanda, tetap meraih pendapatan yang bertambah 5 peratus. Ia meraih pendapatan £2.6 bilion.

Pendapatan kelab-kelab Liga Satu Perancis pula meningkat 26 peratus daripada £353 juta kepada £1.7 bilion.

Liga Serie A Italy satu-satunya daripada lima liga terbesar di Eropah yang mengalami pendapatan yang merosot. 

Pendapatannya susut 7 peratus kepada £2.1 bilion disebabkan nilai perjanjian penyiaran televisyen domestik dan antarabangsa yang merosot.

Bridge berkata peraturan baru yang diperkenalkan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) berhubung kemampanan kewangan kelab-kelab telah mengehadkan perbelanjaan kelab-kelab untuk membayar gaji pemain, membayar harga pemindahan pemain dan kepada ejen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >