Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pendukung utama Persilat puas hati Kejuaraan SEA jalan lancar

Mar 27, 2022 | 05:30 AM



WAKIL anggota pengasas yang menjadi pendukung utama Persekutuan Silat Antarabangsa (Persilat) berpuas hati bahawa pelaksanaan teknik, peraturan dan sistem pemarkahan baru pertandingan silat yang dilaksanakan buat julung-julung kali dalam Kejuaraan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) di Singapura pada Februari lalu berjalan lancar.



Namun, panel tiga anggota utama Persilat itu - Teddy Suratmadji, Sheik Alau'ddin Yacoob dan Pengiran Abdul Karim Pengiran Metassan, - sependapat bahawa lebih banyak kursus penyegaran peraturan akan diadakan dalam kalangan negara anggota bagi memastikan semua pihak - daripada atlet, jurulatih kepada pihak pengurusan pasukan - faham sejelas-jelasnya mengenai perubahan tersebut.



Teknik dan sistem pemarkahan baru itu - yang bertujuan menjadikan pertandingan silat lebih rancak, menarik, moden, adil dan selari dengan perkembangan teknologi - akan dilaksanakan dalam acara tanding Sukan SEA Hanoi Mei ini.



Merumuskan kesimpulan itu, Teddy, selaku Setiausaha Agung Persilat, berkata:



"Setelah menyaksikan Kejuaraan SEA, saya sebagai wakil Persilat optimis pelaksanaan teknik dan peraturan baru ini akan berjalan dengan selamat, lancar dan berkesan.



"Kami telah mengumpul maklum balas dan mengambil pelajaran daripada Kejuaraan SEA dan akan mengadakan kursus penyegaraan untuk semua pihak.



"Kami masih ada beberapa minggu lagi untuk menyiapkan para wasit juri bukan hanya untuk Sukan SEA akan datang, malah hingga ke Sukan Olimpik."



Teknik dan peraturan baru bagi acara tanding itu diperkenalkan pada Februari tahun lalu itu.



Memberikan pandangannya, Pengiran Abdul Karim, berkata kesemua perubahan itu bertujuan menjadikan pertandingan silat cantik dan menarik.



"Sesiapa yang mendalaminya akan mendapati ia lebih menarik. Kalau ada kes (tidak puas hati), mereka perlu kembali kepada asas, sama ada faham atau tidak teknik dan peraturan yang diperkenalkan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >