Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengurus baru West Ham puas hati dengan kemenangan ke atas Fulham

Dua kesilapan pemain Fulham bantu Graham Potter raih kemenangan pertama sebagai pengurus
Jan 15, 2025 | 4:41 PM
Pengurus baru West Ham, Graham Potter, mengakui bahawa perlawanan menentang Fulham “tidak sempurna”, namun cukup gembira dengan kemenangan pasukannya.
Pengurus baru West Ham, Graham Potter, mengakui bahawa perlawanan menentang Fulham “tidak sempurna”, namun cukup gembira dengan kemenangan pasukannya. - Foto REUTERS

LONDON: Penyokong West Ham United menjangkakan bahawa pengurus baru, Graham Potter, akan membawa kembali gaya permainan yang lebih menarik selepas tempoh pengurusan Julen Lopetegui yang mengecewakan dan singkat.

Namun, pengurus baru itu kelihatan gembira setelah meraih kemenangan yang sengit menentang Fulham pada 15 Januari.

Dalam perlawanan Liga Perdana England yang pertama buat Potter sebagai pengurus, West Ham tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika menentang pasukan yang dibimbing Marco Silva.

Namun, West Ham berjaya meraih kemenangan 3-2 setelah dua gol yang dihadiahkan Fulham.

Bekas pengurus Brighton and Hove Albion serta Chelsea itu kelihatan lega apabila wisel penamat dibunyikan, setelah West Ham bertahan meskipun diasak Fulham untuk membaiki kedudukan di tempat ke-12.

Potter mengakui bahawa perlawanan itu “tidak sempurna”, tetapi selepas hampir dua tahun sejak perlawanan Liga Perdana terakhirnya, kemenangan yang memberi semangat adalah yang paling penting, sama ada dengan gaya permainan yang menarik atau tidak.

“Ia mungkin bukan perlawanan untuk penggemar bola sepak sejati, tetapi daripada perspektif kami, kami cukup gembira memperolehi tiga mata.

“Saya rasa kami memulakan perlawanan dengan sedikit pasif dan penghargaan patut diberikan kepada Fulham kerana bermain dengan baik.

“Kami juga cuba meningkatkan penglibatan penonton,” kata Potter.

Prestasi West Ham agak hambar pada awalnya tetapi mendapat peluang apabila Andreas Pereira melakukan hantaran yang cuai di kawasan sendiri.

Carlos Soler kemudian mengambil peluang itu untuk melepaskan satu rembatan yang melepasi penjaga gawang Fulham Bernd Leno.

Potter memasukkan Danny Ings pada separuh masa kedua, dan pertukaran tersebut membuahkan hasil apabila penyerang itu berlari ke arah Leno dan menghantar bola kepada Lucas Paqueta untuk menjaringkan gol kemenangan.

Alex Iwobi menjaringkan dua gol untuk Fulham, namun rentetan lapan perlawanan tanpa kalah mereka  – termasuk enam seri – dalam liga berakhir dengan kekecewaan.

Fulham kekal di tempat kesembilan dengan 30 mata. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg