Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus Chelsea puji Gallagher ‘sangat berharga’

Pochettino percaya pemain tengah komited kekal bersama The Blues
selepas bawa kemenangan di Crystal Palace
Feb 13, 2024 | 03:45 PM



LONDON: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, memuji, Conor Gallagher, sebagai pemain “sangat berharga” setelah dua gol pemain midfield itu membawa kemenangan bagi The Blues di Crystal Palace pada 12 Februari.


Gallagher menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Jefferson Lerma dan menjaringkan gol sekali lagi sebelum Enzo Fernandez menyumbatkan jaringan ketiga Chelsea bagi kemenangan 3-1.

Pemain berusia 24 tahun itu telah dikaitkan dengan pemindahan dari Chelsea.

“Saya fikir beliau adalah seorang pemain yang berkomitmen tinggi bagi pasukan ini,” kata Pochettino.

“Beliau sentiasa cuba mengimbangi setiap keadaan, semasa menyerang dan bertahan. Mempunyai pemain sepertinya adalah sangat berharga.”

Gallagher, yang dilaporkan bernilai £50 juta ($84.9 juta), terikat dengan Chelsea hingga hujung musim depan tetapi masa depan jangka panjang beliau terus menjadi tanda tanya, dengan Tottenham Hotspur dikatakan mungkin menjadi destinasinya pada musim panas.

Namun, Pochettino percaya Gallagher sangat komited untuk kekal di Chelsea, kelab yang beliau sertai sejak berusia lapan tahun.

“Beliau sentiasa memberitahu saya bahawa beliau mahu kekal di Chelsea,” tambah Pochettino.

“Beliau masih mempunyai satu lagi tahun di bawah kontraknya. Ia adalah urusan antara beliau dengan kelab.”

Gol Gallagher semasa menentang Palace, kelab yang beliau sertai di bawah pinjaman pada musim 2021-2022, adalah yang pertama dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Namun, beliau adalah pemain penting untuk Pochettino – membuat 23 penampilan liga musim ini dan menjadi kapten semasa ketiadaan Reece James pada awal musim ini.

“Beliau sentiasa berusaha gigih,” kata bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech, kepada Sky Sports.


“Beliau adalah salah seorang pemain yang sentiasa peduli tentang kemenangan dan kelab ini.

“Anda mendapati bahawa pemain muda pun boleh mempunyai keupayaan istimewa untuk menjadi pemimpin.

“Conor adalah antara pemain itu – beliau sentiasa bekerja keras, beliau sentiasa ambil peduli dan beliau sentiasa mencuba yang terbaik.

“Beliau juga bekas pelatih akademi Chelsea. Beliau sedang mendorong dirinya menjadi lebih baik dan beliau salah seorang yang bakal menjadi kapten, sebab perwatakannya begitu.”

Kemenangan Chelsea itu adalah yang kedua berturut-turut selepas mereka mengalahkan Aston Villa 3-1 dalam Piala FA.

Gallagher juga menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut dan pemain England itu berazam membina momentum menjelang perlawanan menentang pencabar kejuaraan liga Liverpool dan Arsenal.

“Bagi kami, ia melibatkan ketekalan,” tambah beliau.

“Kami mempunyai beberapa permainan kami bermain dengan baik dan ada yang prestasi kami teruk.

“Kami mempunyai permainan penting tidak lama lagi dan kami akan cuba memperbaiki diri.”

Chelsea seterusnya akan bertandang ke padang juara bertahan Manchester City pada 17 Februari.

Sementara itu, kekalahan Palace pula menambah tekanan pada pengendali Roy Hodgson, yang pasukannya gagal mengekalkan rekod bersih dalam 13 perlawanan liga.

Mereka menduduki tangga ke-15 dengan 24 mata, lima mata di atas zon penyingkiran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >