Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Previu Crystal Palace lwn Chelsea

Pochettino, Hodgson perlu menang untuk ‘hidup’

Feb 12, 2024 | 05:30 AM



Pasukan bimbingan Roy Hodgson sekali lagi bertarung untuk kekal dalam Liga Perdana England (EPL) bagi musim depan.

Ini bukan perkara baru untuk Crystal Palace yang kini menduduki tempat ke-14 EPL dengan 24 mata – hanya jarak lima mata daripada pasukan ketiga tercorot EPL.

Kedudukan Palace bagaimanapun tidak jauh daripada Chelsea, yang berada di tempat ke-11 EPL dengan 31 mata, sekadar berselisih tujuh mata. 

Selain kejayaan mereka menundukkan Middlesbrough 6-1 pada 24 Januari dalam Piala EFL, prestasi Chelsea semakin merosot, seri 0-0 bersama Aston Villa di Piala FA dan dibolosi lapan gol dalam kekalahan liga berturut-turut, 4-1 kepada Liverpool dan 4-2 kepada Wolves.

Keadaan longlai Chelsea menjadikan suara-suara tidak puas hati penyokong Chelsea dapat didengar jelas selepas kekalahan pasukan itu kepada Wolves di Stamford Bridge.

Namun, kemenangan 3-1 Chelsea atas Aston Villa di Piala FA pada 8 Februari boleh dilihat sebagai detik kebangkitan Chelsea untuk mengubah nasib mereka di EPL.

Apa pun, musim penuh pertama Pochettino sememangnya mengecewakan dengan hanya sembilan kemenangan dalam 23 perlawanan dan 15 mata jauh daripada tempat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, tanpa tanda-tanda kebolehan untuk bangkit semula. 

Walaupun mengalami tekanan daripada penyokong Chelsea, Pochettino tidak bimbang kerana beliau menerima mesej daripada Lembaga Pengarah Chelsea yang mendorongnya untuk kekal mengurus kelab itu.

Dalam sidang media sebelum menentang Aston Villa, Pochettino berkata beliau menerima sokongan daripada pemilik Chelsea, Ted Boehly, dan menekankan mereka saling bekerjasama untuk memperbaiki kedudukan Chelsea.

Pekara yang sama tidak boleh dikatakan untuk pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson.

Pengerusi Crystal Palace, Steve Parish, dikatakan mempunyai keinginan kuat untuk memecat Hodgson selepas kekalahan 4-1 kepada pesaing mereka, Brighton, pada 3 Februari.

Namun, beliau tidak boleh melakukannya akibat kesukaran mencari pengganti yang sesuai pada tahap ini. 

Ramai yang mengatakan bahawa bekas pengurus Nottingham Forest, Steve Cooper, merupakan pilihan utama Palace untuk menggantikan Hodgson.

Tetapi Cooper hanya akan menerima tawaran itu jika beliau hanya akan mengambil alih selepas musim ini berakhir.

Matlamat Palace dengan Hodgson kini mungkin hanya untuk kekal di EPL, sesuatu yang dilakukan oleh Hodgson musim lalu – apabila beliau kembali ke Palace pada Mac 2023 daripada Watford.

PEMAIN UTAMA

Ramai yang menyoal Chelsea apabila mereka menandatangani Cole Palmer daripada Manchester City.

Bagaimanapun ia sudah terbukti sebagai satu tindakan bijak kerana Cole kini menjadi salah seorang pemain utama Chelsea musim ini.

Beliau menjaringkan 10 gol dan membuat empat ‘assist’ atau membuka laluan yang menghasilkan gol dalam EPL.

Pemain sayap muda yang baru berusia 21 tahun itu turut membuktikan beliau berkebolehan mengekalkan prestasi yang baik apabila menentang raksasa EPL yang lain, dengan menjaringkan gol menentang Tottenham, Manchester City, Arsenal dan Manchester United.

Bagi Crystal Palace pula, dengan pemergian Wilfred Zaha ke Galatasaray, dan kecederaan yang dialami pemain sayap utama mereka, Michael Olise, penyerang Odsonne Edouard, perlu mengambil alih sebagai penggempur utama Crystal Palace.

Beliau merupakan penjaring terbanyak Crystal Palace untuk musim ini, dengan enam gol dalam 17 perlawanan EPL.

SENARAI KECEDERAAN

Crystal Palace turut berdepan beberapa kecederaaan kepada pemain utama mereka.

Cheick Doucoure masih belum pulih daripada kecederaan teruk dan dijangkakan tidak boleh bermain hingga musim berakhir.

Rob Holding pula baru menjalani pembedahan dan tidak dijangka untuk kembali sebelum akhir musim.

Michael Olise, pemain sayap terbaik mereka, mengalami cedera ‘hamstring’ – bahagian belakang lutut – sekali lagi apabila menentang Brighton, dan kini dijangka terlepas aksi perlawanan selama dua bulan.

Chelsea pula mempunyai beberapa pemain utama yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan.

Wesley Fofana baru melalui pembedahan kecederaan ligamen lutut anterior (ACL)  dan tidak dijangka untuk kembali hingga akhir musim.

Pemain pertahanan Chelsea, Reece James dan Marc Cucurella Saseta, serta pemain tengah, Romeo Lavia masih cedera dan belum lagi bersedia untuk menyertai perlawanan.

RAMALAN

Walaupun prestasi Chelsea kurang memuaskan musim ini, mereka tetap mempunyai kebolehan untuk menewaskan pasukan seperti Crystal Palace.

Namun, Crystal Palace juga mempunyai motivasi untuk menang perlawanan ini, demi perjuangan mereka untuk kekal di EPL dan membalas kekalahan 2-1 kepada Chelsea pada 28 Disember.

Palace juga boleh memanfaatkan keletihan pasukan Chelsea yang baru sahaja melalui perlawanan Piala FA manakala mereka mempunyai satu minggu penuh untuk berehat dan membuat persiapan bagi perlawanan ini.

Kededua barisan pertahanan kelihatan lemah musim ini, dengan Chelsea dibolosi 39 gol dan Palace dibolosi 40 gol, justeru penyokong bola sepak boleh mengharapkan perlawanan yang menghiburkan.

Namun, serangan Crystal Palace kurang tajam, dengan hanya 26 gol dalam 23 perlawanan, pasukan ketiga terendah daripada segi jumlah jaringan.

Kelebihan serangan Chelsea yang lebih berbisa daripada Palace menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >