Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengurus Juventus, Thiago Motta, puji kerja keras pemain hingga duduki empat tangga teratas

Feb 17, 2025 | 3:15 PM
Pengurus Juventus, Thiago Motta, menjelaskan peningkatan prestasi Juventus adalah hasil kerja keras dan dedikasi pemainnya. Dengan kemenangan ke atas Inter Milan pada 17 Februari, mereka kini meduduki tempat keempat Serie A, satu langkah lagi dekat bagi mencapai matlamat mereka melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara musim depan.
Pengurus Juventus, Thiago Motta, menjelaskan peningkatan prestasi Juventus adalah hasil kerja keras dan dedikasi pemainnya. Dengan kemenangan ke atas Inter Milan pada 17 Februari, mereka kini meduduki tempat keempat Serie A, satu langkah lagi dekat bagi mencapai matlamat mereka melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara musim depan. - Foto AFP

TURIN: Pengurus Juventus, Thiago Motta, memuji pemain bimbingannya atas dedikasi dan kerja keras dalam memperbaiki prestasi mereka yang hambar di padang, lantas membantu mereka untuk kembali bersaing demi mendapatkan empat tempat teratas liga bola sepak terbaik dunia, Serie A.

Ini menyusuli kemenangan 1-0 Juventus ke atas Inter Milan pada 17 Februari, meletakkan mereka di tangga keempat Serie A, sekali gus membawa mereka terus berjuang untuk menempatkan diri mereka dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Sebelum kemenangan tersebut, kempen mereka dipenuhi dengan beberapa keputusan seri yang menghindari mereka daripada mencapai matlamat tersebut.

“Saya tidak jalankan tugas saya untuk memuaskan hati ataupun mengundang kemarahan sesiapa. Saya lakukannya untuk diri saya sendiri kerana saya tahu kami sedang menuju ke arah yang betul.

“Saya ingin lihat pasukan saya bertambah baik, bertarung, bekerja keras dan menunjukkan permainan bola sepak yang baik bagi memenangi perlawanan.

“Pemain (saya), terutamanya, layak mendapatkan sokongan daripada peminat. Mereka berikan segalanya setiap hari untuk pasukan dan bagi Juventus,” jelas Motta.

Mengimbas kembali tentang kemenangan Juve ke atas juara bertahan Serie A, Inter Milan, yang kekal di tangga kedua, hanya di belakang Napoli, Motta berkongsi separuh masa pertama agak sukar, dengan pasukannya terlalu menghormati pasukan Inter Milan.

“Kami jelas mempunyai tenaga yang berbeza pada separuh masa kedua. Separuh masa pertama sukar, ditambah dengan kami memberikan mereka terlalu banyak masa mengawal bola,” jelas beliau.

“Kami tahu Inter Milan memiliki banyak mutu dari segi permainan, tetapi jikalau anda tidak berikan tekanan kepada mereka, anda akan mendapatinya lebih sukar. Kami beri mereka tekanan lebih baik pada separuh masa kedua,” tambah Motta.

Dengan empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, Motta berkata bermain di stadium sendiri di Stadium Allianz merupakan cabaran lebih besar berbanding bermain di padang lawan musim ini.

“Kami terasa lebih bebas apabila bermain di stadium lawan. Di stadium sendiri, ia mencabar. Separuh masa pertama malam ini merupakan peringatan tentang perkara ini. Tetapi pada separuh masa kedua, kami berikan tekanan, menampilkan gaya permainan bola sepak yang baik dan mendapatkan kemenangan tersebut.” - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg