Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengurus Wolves berang dengan keputusan pengadil dibantu VAR

Nov 28, 2023 | 11:36 AM



LONDON: Pengurus Wolverhampton Wanderers (Wolves), Gary O’Neil berkata keputusan pengadilan yang buruk telah menjejas ‘reputasi’ serta ‘mata pencarian’ selepas pasukannya berada pada pihak yang salah menyusuli kontroversi yang berpunca daripada pengadil berbantukan video (VAR).


Baginya, VAR menyebabkan pasukannya tewas 3-2 kepada Fulham dalam Liga Perdana England (EPL) pada Isnin.

Willian menjaringkan dua penalti – termasuk gol kemenangan pasukan Wolves di saat akhir.

Fulham mendahului menerusi jaringan awal Alex Iwobi, sementara jaringan Matheus Cunha menyamakan kedudukan sebelum seorang lagi pemain Wolves, Hwang Hee-chan menjaringkan penalti.

Namun VAR menjadi bualan hebat dalam perlawanan yang berlangsung di Craven Cottage itu.

Fulham memulakan perlawanan dengan baik dan layak mendahului pasukan lawan pada minit ketujuh hasil gerakan menarik dari sebelah kiri yang disudahi Iwobi.

Pasukan pelawat kemudian menyamakan kedudukan dalam separuh masa pertama apabila Cunha menanduk bola masuk ke gawang selepas Jean-Ricner Bellegarde bermain dengan baik di sebelah kanan.

Pengadil Michael Salisbury kemudian memberikan tendangan penalti kepada Fulham 10 minit selepas masuk separuh masa kedua, selepas Nelson Semedo dikatakan mengasari Tom Cairney dalam petak penalti, meskipun pemain pertahanan itu kelihatan seperti telah mendapatkan bola dan bukan kaki pemain lawan.

Menyusuli pemeriksaan VAR yang lama, tendangan penalti diberikan kepada Fulham dan Willian tampil menjaringkan gol dengan mudah bagi menewaskan penjaga gawang lawan, lantas menambah derita kepada O’Neil, yang menganggap keputusan penalti itu penuh kontroversi.

Wolves, bagaimanapun diberi penalti selepas Tim Ream membuat terkaman kurang baik ke atas Hwang.

Hwang yang merupakan pemain asal Korea Selatan menjaringkan penalti itu sendiri bagi pasukannya menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Namun satu lagi tendangan penalti menyusul tidak lama kemudian.

Salisbury sebelum itu menafikan tuntutan penalti selepas pemain Wolves, Joao Gomes didakwa mengasari pemain Fulham, Harry Wilson, namun pengadil itu kemudian mengubah keputusannya selepas para pegawai VAR menasihatinya agar meninjau monitor di tepi padang.

Willian tidak mengecewakan pasukan tuan rumah bagi menjaringkan gol kemenangan buat Fulham pada minit ke-94.

Pengurus Wolves, O’Neil ternyata amat emosi dengan keputusan perlawanan dan menganggap semua keputusan menyebabkan pasukannya tewas.

“Nelson (Semedo) telah mendapatkan bola dan tidak menyentuh pun Tom Cairney,” katanya.

“Pengadil berasa dirinya tersilap dan sepatutnya meninjau monitor tepi padang.

“Itu tidak membantu sesiapa. Ia memang satu kesilapan besar,” tambahnya.

Beliau menganggap bahawa keputusan pengadilan yang buruk telah memberi impak besar ke atas banyak pasukan dan pengurus.

“Ini satu kelab besar.

“Impak yang dialami memberi reputasi buruk ke atas saya, dan kelab serta ke atas kehidupan ramai orang,” ujarnya lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >