Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penstriman langsung Kejohanan Eropah kerap tersangkut pada hari pertama persaingan

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



KEGHAIRAHAN bertukar menjadi kekecewaan apabila penstriman langsung yang dilanggan untuk menonton Kejohanan Eropah kerap tersangkut pada hari pertama persaingan.



Cik Hawa Ahamad merupakan antara pelanggan terjejas yang melanggan aplikasi rasmi LiveNow bagi menonton Euro 2020.



Syarikat khidmat penstriman on-demand itu mempunyai hak esklusif untuk menyiarkan Euro 2020 di Singapura.



Namun, pada awal pagi Sabtu, ketika perlawanan pembukaan Euro 2020 antara Italy dengan Turkey, Cik Hawa sekeluarga melalui pengalaman buruk dengan aplikasi itu.



"Apabila saya klik pada saluran, ia mengatakan ada kesilapan dan saya harus kerap memulkan semula saluran. Kadang kala dapat, kadangkala tak dapat.



"Dan apabila sudah dapat, saluran akan tersangkut setiap lima atau 10 minit. Kualitinya sangat teruk, lebih teruk daripada penstriman secara haram.



"Saya sampai terlepas dua daripada tiga gol dalam perlawanan antara Italy dengan Turkey. Ia sangat mengecewakan," kongsi Cik Hawa kepada Berita Harian.



Apa yang lebih mengecewakan bagi usahawan berusia 49 tahun itu adalah tiada respons ataupun sokongan yang diberikan daripada pihak LiveNow ketika masalah itu berlaku.



Cik Hawa yang membeli langganan aplikasi LiveNow menerusi Starhub pada awalnya mengemukakan masalah dialami kepada syarikat telko itu.



Namun, tidak berhasil mendapat huraian kerana masalah tersebut berlaku di aplikasi LiveNow.



"LiveNow tidak beri sebarang maklumat terkini di Facebook mereka. Jadi, kami harus pandai-pandai cara huraian," katanya lagi.



Mujur, setelah mengirimkan e-mel kepada pihak LiveNow, peminat Liverpool itu menerima balas daripada syarikat tersebut beberapa jam kemudian dan penstriman diperbaiki pada hari-hari seterusnya siaran Euro 2020.



Menurut LiveNow, masalah tersebut dihadapi oleh "sekumpulan kecil pelanggan".



Ia difahamkan kumpulan pelanggan terjejas adalah mereka yang menonton Euro 2020 langsung menerusi aplikasi LiveNow.



Pelanggan menonton menerusi Singtel TV dan kotak TV+ Starhub tidak mengalami masalah.



Menjawab pertanyaan BH, seorang jurucakap LiveNow berkata:



"Semasa liputan Euro 2020 kami pada Jumaat dan Sabtu, kami menerima laporan daripada sekumpulan kecil pelanggan yang mengalami masalah dengan penstriman perlawanan mereka.



"Pasukan kami mengenal pasti masalah ini dan berusaha selama beberapa malam ini untuk menyelesaikannya, dan kami percaya bahawa kebanyakan pelanggan kami di Singapura dapat menyaksikan perlawanan pada Ahad dengan lancar. Kami akan terus memantau keadaan dengan terus memberikan pengalaman terbaik Euro 2020 untuk pelanggan kami.



"Sebagai peminat sukan, kami memahami kekecewaan mereka dan kami minta maaf kepada pelanggan yang mengalami masalah dengan kualiti penstriman pada hujung minggu."



Beliau menambah, pelanggan yang terjejas boleh menghantar e-mel kepada pasukan sokongan 24 jam setiap hari LiveNow di support@live-now.com.



Antara aduan lain, Cik Hawa, ibu empat cahaya mata, berkata tiada komentar dan analisis, yang biasa ada sebelumnya, semasa dan selepas perlawanan disediakan.



Perlawanan juga hanya mula distrim lima minit sebelum dimulakan.



Harga pakej untuk menyaksikan semua 51 perlawanan Euro 2020 secara langsung di aplikasi LiveNow ialah $98.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >