Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyerang Belanda Memphis Depay sertai Corinthians

Sep 10, 2024 | 3:16 PM
Memphis Depay (kanan) menerima kata-kata perangsang daripada ketua jurulatih skuad Belanda, Ronald Koeman, setelah menjaringkan gol kedua dalam perlawanan menentang Austria dalam Euro 2024 pada 25 Jun.
Memphis Depay (kanan) menerima kata-kata perangsang daripada ketua jurulatih skuad Belanda, Ronald Koeman, setelah menjaringkan gol kedua dalam perlawanan menentang Austria dalam Euro 2024 pada 25 Jun. - Foto AFP

SAO PAULO: Penyerang Belanda, Memphis Depay, telah menandatangani kontrak dua tahun dengan Corinthians, menurut kelab Brazil itu pada 9 September.

Depay meninggalkan Atletico Madrid untuk berpindah ke kelab di benua Amerika Selatan itu secara percuma pada Julai.

Syarat perjanjian tidak diumumkan tetapi media tempatan melaporkan kontrak tersebut bernilai 70 juta real Brazil ($16.3 juta).

Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 46 gol dalam 98 penampilan untuk pasukan Belanda, tetapi diketepikan daripada skuad bagi Liga Negara-Negara Uefa pada September.

Pasukan pimpinan jurulatih, Ronald Koeman, menewaskan Bosnia 5-2 pada 8 September dan dijadual menentang Jerman pada 11 September.

Depay memulakan kerjaya profesional bola sepaknya di PSV Eindhoven dan pernah menyarung jersi kelab-kelab terkemuka Eropah seperti Olympique Lyon, Barcelona dan Manchester United.

Beliau membuat 31 penampilan dalam semua pertandingan untuk Atletico Madrid musim lalu, dan menjaringkan sembilan gol. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg