Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Penyerang Fulham Mitrovic mungkin digantung lebih lama

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Fulham Aleksandar Mitrovic mungkin digantung daripada bermain lebih lama selepas Persatuan Bola Sepak (FA) England berkata hukuman biasa kurang memadai baginya, selepas beliau diperintah keluar padang dalam perlawanan menentang Manchester United pada Ahad.



Mitrovic terlibat dalam perkelahian pemain pada babak kedua perlawanan suku akhir Piala FA, yang dimenangi oleh United 3-1.



Perkelahian itu tercetus apabila pemain Fulham Willian dilayangkan kad merah oleh pengadil Chris Kavanagh selepas merujuk pada video penolong pengadil (VAR) yang menunjukkan beliau menahan bola dengan tanagnnya.



Selepas tindakan ke atas Willian, pengurus Fulham Marco Silva bersemuka dengan pengadil keempat dengan berang dan dilayang kad merah juga.



Mitrovic pula dilayang kad merah selepas beliau bersemuka dengan Kavanagh dan menolak bahunya.



Silva didakwa oleh FA pada Isnin. Dalam kenyataannya FA berkata Silva disyaki menggunakan kata-kata kesat atau berkelakuan kasar terhadap pengadil keempat sebelum dan sesudah diperintah keluar padang.



"Ada dakwaan tambahan bahawa beliau melontar botol air ke arah penolong pengadil dan perbuatan ini tidak seharusnya dilakukan," kata FA.



Mengenai Mitrovic, FA berkata kelakuannya selepas diperintah keluar padang bernada mengancam dan cabul.



"Hukuman biasa yang seharusnya dikenakan ke atas Aleksander Mitrovic kerana diperintah keluar padang disebabkan berkelakuan ganas terhadap pengadil tidak memadai," kata FA.



Ia juga berkata Fulham gagal mengawal pemain dan akan mengumumkan hukuman pada masa depan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >