Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Penyerang Nigeria, Osimhen, dinobat pemain bola sepak terbaik Afrika

Dec 12, 2023 | 01:13 PM



MARRAKECH (Maghribi): Penyerang Nigeria, Victor Osimhen telah dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika, mengalahkan Mohamed Salah bagi merebut anugerah tersebut dalam satu majlis yang berlangsung di Marrakech pada Isnin.


Sementara itu, rakan senegaranya, Asisat Oshoala, memenangi anugerah utama itu dalam kategori wanita.

Osimhen, 24 tahun, telah menjaringkan 26 gol ketika membantu Napoli mencapai kejayaan dalam Serie A musim lalu dan merupakan penjaring terbanyak dalam divisyen teratas Italy itu.

Penyerang Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah dan bek kanan Paris St Germain (PSG) asal Maghribi, Achraf Hakimi adalah dua calon finalis lain, tetapi Osimhen telah mengatasi mereka untuk merangkul anugerah tersebut dan muncul selaku pemenang Nigeria pertama sejak Nwankwo Kanu pada 1999.

“Ini adalah impian yang menjadi kenyataan. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam perjalanan ini dan semua warga Afrika yang telah membantu menempatkan saya dalam peta global, meskipun kekurangan saya,” kata Osimhen.

Maghribi memenangi pasukan kebangsaan terbaik dalam kategori lelaki setelah pertarungan yang mendebarkan ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar. Pengurus mereka, Walid Regragui, memenangi jurulatih terbaik.

Penyerang Barcelona asal Nigeria, Asisat Oshoala, dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Wanita Afrika buat kali keenam yang merupakan satu rekod, setelah mengatasi kecederaan untuk membantu pasukannya ke pusingan 16 terakhir dalam Piala Dunia di Australia dan New Zealand, di mana mereka membawa England ke penalti.

Nigeria membawa pulang trofi untuk pasukan kebangsaan terbaik, manakala Desiree Ellis dari Afrika Selatan memenangi jurulatih terbaik, untuk kali keempat berturut-turut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >