Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Senegal, Cameroon dalam kumpulan sama Piala Negara-Negara Afrika

Oct 13, 2023 | 12:39 PM
UNDIAN: Bekas pemain Ivory Coast, Didier Drogba, memaparkan nama pasukan Maghribi dalam undian Piala Negara-Negara Afrika.
UNDIAN: Bekas pemain Ivory Coast, Didier Drogba, memaparkan nama pasukan Maghribi dalam undian Piala Negara-Negara Afrika. - Foto REUTERS

ABIDJAN (Afrika Selatan): Juara Afrika, Senegal, telah diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Cameroon bagi Piala Negara-Negara Afrika 2024.

Sementara pemenang berganda, Mesir, akan menentang Ghana dalam kumpulan berasingan di pertandingan yang bakal dihoskan Ivory Coast itu.

Pasukan tuan rumah telah diletakkan bersama Nigeria sementara Maghribi, yang merupakan pasukan separuh akhir Piala Dunia, dijangka mempunyai laluan selesa ke peringkat kalah mati.

Senegal akan bermain dalam Kumpulan C bersama Cameroon, Guinea dan Gambia, yang merupakan pasukan yang melangkah ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika edisi sebelum ini.

Kebetulan Senegal menentang Cameroon di Lens, Perancis dalam satu perlawanan persahabatan sebagai sebahagian daripada persiapan mereka untuk pertandingan tersebut, yang berlangsung dari 13 Januari hingga 11 Februari.

Peminat tuan rumah sudah pasti menantikan perlawanan pasukan favorit mereka, Ivory Coast, menentang Nigeria dalam Kumpulan A dan mereka berasa yakin akan dapat menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan tersebut yang turut melibatkan pasukan Equatorial Guinea and Guinea Bissau.

Mesir, yang telah menang tujuh kejuaraan Piala Negara-Negara, akan ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Ghana, Cape Verde Islands dan Mozambique.

Kejayaan terakhir Mesir dicapai pada 2010 selepas menewaskan Ghana Black Stars dalam final di Angola.

Maghribi, yang telah menang satu kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika pada 1976, ditempatkan dalam Kumpulan F bersama Democratic Republic of Congo, Tanzania dan Zambia.

Pertandingan 2024 itu akan dihoskan di enam tempat, termasuk stadium-stadium yang baru dibina di Abidjan, Korhogo, San Pedro dan Yamoussoukro.

Ia sepatutnya berlangsung pada Jun tetapi ditangguhkan selama enam bulan ekoran kebimbangan musim hujan di wilayah tersebut.

Ini merupakan Piala Negara-Negara Afrika ketiga yang menyertakan 24 pasukan selepas pertandingan sama pada 2019 di Mesir dan di Cameroon pada awal 2022. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg