Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyertaan pemenang 4 pingat emas Olimpik jadi tumpuan

Oct 9, 2024 | 2:24 PM
Leon Marchand menjadi juara Sukan Olimpik Paris dua bulan lalu, memenangi acara 200 meter dalam gaya kuak dada, rama-rama dan rampaian. Gambar diambil di Place de Capitole, Toulouse, Perancis pada 18 September.
Leon Marchand menjadi juara Sukan Olimpik Paris dua bulan lalu, memenangi acara 200 meter dalam gaya kuak dada, rama-rama dan rampaian. Gambar diambil di Place de Capitole, Toulouse, Perancis pada 18 September. - Foto AFP

Pemenang empat pingat emas di Olimpik, Leon Marchand akan menjadi antara bintang renang yang akan sertai Piala Dunia Renang Akuatik Dunia di Singapura.

Perenang Perancis itu menjadi juara di Sukan Olimpik Paris dua bulan lalu dengan memenangi acara 200 meter gaya rama-rama dan kuak dada, serta acara rampaian individu dan rampaian 400 meter.

Selain atlet berusia 22 tahun itu, beberapa juara Olimpik dan dunia lain akan mengambil bahagian dalam Piala Dunia Renang Akuatik yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November di Pusat Akuatik OCBC.

Mereka termasuk Pan Zhanle dari China, yang turut pamerkan aksi mengagumkan di Paris di mana beliau memperbaiki rekod dunianya untuk memenangi emas dalam acara gaya bebas 100 meter.

Perenang lain yang akan membuat penampilan termasuk rakan senegara Pan, Qin Haiyang, yang merupakan juara keseluruhan lelaki pada siri Piala Dunia 2023, serta juara Olimpik dan dunia Thomas Ceccon dan Nicolo Martinenghi dari Italy serta Chad le Clos dari Afrika.

Kaylee McKeown dari Australia, yang memenangi kejuaraan 100 meter dan 200 meter kuak lentang di Paris, mengetengahkan barisan perenang wanita cemerlang yang merangkumi juara dunia dan Olimpik.

Mereka adalah Zhang Yufei dari China, Kate Douglass dari Amerika dan Siobhan Haughey dari Hong Kong.

Singapura merupakan persinggahan ketiga dan terakhir Piala Dunia Renang, yang akan bermula dengan pusingan Shanghai pada 18 hingga 20 Oktober, sebelum ke Incheon dari 24 hingga 26 Oktober, lapor The Straits Times (ST).

Pemenang pingat perak di Sukan Komanwel, Teong Tzen Wei menantikan kepulangannya di Shanghai minggu depan, selepas kecederaan siku sebabkannya tidak dapat beraksi selama lapan bulan. Ia juga menyebabkan beliau terlepas ujian kelayakan Olimpik.

Sebelum kecederaannya, beliau menikmati beberapa keputusan yang mengagumkan di pentas dunia.

Pada kejohanan dunia 2022, beliau menjadi warga Singapura ketiga yang mara ke peringkat akhir dalam empat dekad yang lalu, sebelum beliau mencipta rekod Asia dalam acara 50 meter gaya kupu-kupu. 

Turut menantikan perlumbaan di negara sendiri ialah Amanda Lim, yang telah berlatih dan bersaing di luar negara hampir sepanjang tahun.

Perenang berusia 31 tahun itu, yang memulakan program latihan baru pada 2024, menyatakan keyakinannya terhadap persiapannya.

Beliau berkata: “Selepas melakukan analisis fizikal dan teknikal yang meluas serta membandingkan diri saya dengan perenang pecut wanita terbaik di dunia, saya berada di peringkat tinggi bersama mereka.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg