Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penyokong Portugal letakkan jangkaan tinggi: Bruno Fernandes

Jun 11, 2024 | 6:33 PM
Kapten Portugal, Bruno Fernandes (kanan), cuba merebut bola daripada Lovro Majer dalam perlawanan persahabatan dengan Croatia di Stadium Centro Desportivo Nacional do Jamor pada 9 Jun lalu, yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2.
Kapten Portugal, Bruno Fernandes (kanan), cuba merebut bola daripada Lovro Majer dalam perlawanan persahabatan dengan Croatia di Stadium Centro Desportivo Nacional do Jamor pada 9 Jun lalu, yang menyaksikan pasukannya tewas 1-2. - Foto REUTERS

LISBON: Kritikan ke atas pasukan bola sepak Portugal susulan kekalahan 1-2 di tangan Croatia dalam perlawanan persahabatan pada 9 Jun di hadapan penyokong sendiri mencerminkan jangkaan peminat yang tinggi menjelang kejohanan Euro 2024, kata kapten pasukan Portugal, Bruno Fenandes.

Sebelum ini, Portugal memenangi kesemua 10 perlawanan kelayakan tetapi persiapan pasukan tersebut untuk kejohanan Eropah dari 14 Jun hingga 14 Julai yang diadakan di Jerman itu masih jauh dari sempurna dengan kekalahan kepada Croatia dan Slovenia.

Beliau berkata: “Saya tidak mahu sesiapa berfikir bahawa kami telah sampai ke tahap ini dengan memikirkan segala-galanya sudah selesai dan tiada apa yang perlu diperbaiki.

“Pasti ada aspek yang perlu diperbaiki. Sejujurnya, saya suka hal negatif sedemikian timbul terhadap pasukan kebangsaan – seperti ‘pasukan tidak lagi bagus’, ‘ia masih bukan apa yang kami (penyokong) mahukan’ – saya suka kerana ia petanda orang ramai mengharapkan lebih banyak daripada kami dan inginkan lebih banyak daripada pasukan kebangsaan.

“Ini bermakna pemain yang mewakili negara mempunyai kualiti untuk melakukan lebih banyak lagi. Kami tahu perkara itu, kami mempunyai cita-cita dan kami mahu melakukan lebih banyak dan lebih baik.”

Pengurus Portugal, Roberto Martinez, menjangkakan ujian sukar menentang Ireland dengan ketibaan John O’Shea sebagai jurulatih sementara.

Beliau berkata: “Ireland adalah pasukan baru, jurulatih menyertai pasukan dengan idea baru, pemain melaksanakan ideanya dengan jelas.

“Dari segi pertahanan, mereka pasukan yang sangat teratur, tetapi mereka juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dengan pantas... bagi kami, ini adalah aspek yang perlu kami bersiap sedia.”

Sementara itu, O’Shea berkongsi bahawa perlawanan menentang Portugal mengimbau kenangan lalu tatkala beliau masih menyarung jersi Manchester United bersama bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

“Saya harap beliau (Ronaldo) direhatkan. Beliau mungkin memerlukan beberapa minggu untuk membuat persiapan bagi kejohanan Euro 2024.

“Beliau pemain bola sepak yang hebat. Rekod dan jaringan yang beliau cipta, dedikasi dan profesionalisme sukar ditandingi,” ujarnya.

Ronaldo melabuhkan musim liga Arab Saudi bersama Al-Nassr dengan kekalahan di tangan seteru Al-Hilal dalam piala King Cup of Champions pada 1 Jun.

Portugal berada dalam Kumpulan F Euro 2024 dan memulakan kempen menentang Republik Czech, sebelum menentang Turkey dan Georgia. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg