Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perancis teruskan rentak kemenangan dengan tewaskan Uruguay

RAGBI PIALA DUNIA
Sep 15, 2023 | 03:01 PM



LILLE (Perancis): Pasukan Perancis yang telah banyak berubah berjaya mengatasi Uruguay yang bermain dengan bersemangat di Lille untuk mengekalkan rentak kemenangan mereka dalam permulaan kejuaraan ragbi Piala Dunia di negara mereka.


Tuan rumah, yang membuat 12 pertukaran ke atas pasukan yang menewaskan New Zealand, mendahului menerusi penalti Melvyn Jaminet.

Uruguay membalas melalui percubaan Nicolas Freitas, sebelum Antoine Hastoy membuat jaringan untuk Perancis.

Baltazar Amaya mengancam dengan mencetuskan kebangkitan Uruguay tetapi Peato Mauvaka dan Louis Bielle-Biarrey memastikan kemenangan Perancis.

Kemenangan kedua dalam dua perlawanan itu mendekatkan Perancis ke suku akhir sementara Uruguay memulakan kempen mereka dengan keputusan terbaik terhadap sebuah pasukan peringkat satu dalam Piala Dunia.

Perancis akan meneruskan jelajah negara mereka menentang Namibia di Marseille dalam perlawanan kumpulan A pada 21 September, manakala pasukan Amerika Selatan itu akan menentang Italy di Nice pada malam sebelumnya.

Uruguay tidak bermain pada pusingan pembukaan perlawanan dan dianggap ‘underdogs’ terhadap pasukan yang diramalkan ramai orang akan memenangi kejohanan itu buat kali pertama.

Anthony Jelonch kembali daripada kecederaan ligamen yang dialami beliau pada Februari untuk menjadi kapten Perancis.

Jaminet yang mendorong tuan rumah untuk mendahului tetapi Uruguay yang mendapat percubaan pertama.

Perancis membalas melalui Hastoy, yang melepasi celah pertahanan Uruguay untuk menjaringkan gol – memberikan senyuman kepada tuan rumah ketika mereka meraikannya kerana jangkaan bahawa ia yang pertama daripada banyak percubaan lain.

Namun, Perancis kekurangan seorang pemain seketika apabila Romain Toafifenua didenda kerana mengasari kepala Santiago Arata.

Dengan Taofifenua di luar padang, Uraguay semakin hampir menjaringkan percubaan seterusnya apabila Etcheverry melintasi garisan putih melalui satu gerakan pasukannya, tetapi gol itu diketepikan disebabkan satu halangan yang dilakukan oleh Tomas Inciarte semasa gerakan tersebut.

Kegigihan Uruguay mendatangkan hasil selepas rehat.

Bielle-Biarrey, 20 tahun, menjadi pemain termuda mewakili Perancis di Piala Dunia dan debutnya menjadi berkesan setelah beliau melarikan percubaan mudah daripada hantaran Hastoy untuk menamatkan cabaran Uruguay.

“Perkara pertama yang saya ingin katakan ialah penghargaan buat Uruguay; mereka bermain dengan penuh semangat dan sepebuh hati.

“Ini adalah perjuangan sukar tetapi ia adalah kemenangan kedua bagi kami dalam pertandingan ini dan itu yang terpenting,” kata pengurus besar Perancis, Raphael Ibanez, selepas perlawanan tersebut.

“Perkara yang baik tentang pertandingan ini ialah ia diadakan di Perancis, dikelilingi penyokong dan suasana menakjubkan.

“Ini adalah rangsangan besar dan memberi banyak tenaga kepada pemain. Justeru, terima kasih kepada peminat,” tambah beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >