Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perenang Israel Anastasia Gorbenko diejek di Doha

Feb 19, 2024 | 05:31 PM



DOHA: Pemenang pingat perak dari Israel, Anastasia Gorbenko, diejek orang ramai semasa Kejohanan Dunia Renang di Doha pada 18 Februari.


Ejekan tersebut mencuri perhatian daripada beberapa prestasi mengagumkan di kolam renang yang dicapai pemegang rekod dunia 50 meter gaya bebas selama tiga kali berturut-turut, Sarah Sjostrom.

Gorbenko meraih perak dalam acara medley individu 400 meter wanita, tetapi sambutan kemenangannya terganggu apabila penonton mengejeknya dari tempat duduk, dengan suara yang menenggelamkan wawancara bersama penyampai sukan, selepas tamat perlumbaan.

Beliau terus diejek apabila meninggalkan kolam Aspire Dome, dan diejek sekali lagi semasa majlis penyampaian pingat walaupun terdapat tepukan.

Warga Britain, Freya Constance Colbert, memenangi pingat emas dalam perlumbaan itu, lapor The Straits Times (ST).


Kehadiran perenang Israel di kejohanan itu mendapat kritikan daripada beberapa media Qatar dan kumpulan penyokong Palestin di tengah-tengah kempen tentera Israel di Gaza.

Gorbenko berkata beliau telah diejek beberapa kali dalam masa seminggu berada di Doha, dan kejadian itu menjejas emosinya.

Namun beliau mengetepikan ejekan orang ramai, kerana berasa berhak menikmati kemenangan di atas podium.

“Saya di sini untuk mewakili negara saya... sesiapa yang tidak menyukainya, itu bukan masalah saya,” kata pemain berusia 20 tahun itu kepada wartawan.

Badan pentadbir sedunia bagi sukan renang, World Aquatics enggan mengulas kejadian tersebut.

Isu politik turut mempengaruhi acara di Doha, dengan perenang Belarus bertanding secara neutral kerana sekatan yang dikenakan ke atas atlet dari Belarus dan Russia, menyusuli pencerobohan Russia ke atas Ukraine, yang digelar Moscow sebagai “operasi tentera khas”.

Persekutuan Renang Russia menyifatkan sekatan itu sebagai tidak boleh diterima, dan tiada seorang pun perenang dari negara itu bersaing dalam kejohanan tersebut.

Tindakan boikot melemahkan lagi kejohanan itu, dengan beberapa perenang terbaik enggan menyertai sukan tersebut, disebabkan “jadual luar biasa” menjelang Sukan Olimpik di Paris pada Julai dan Ogos.

Bagaimanapun, Sjostrom dari Sweden memeriahkan acara itu.

Pemegang rekod dunia itu menunjukkan beliau mungkin menjadi wanita yang sukar ditandingi bagi pingat emas 50 meter gaya bebas di Olimpik kelak, setelah menjadi juara di Doha dengan catatan masa 23.69, iaitu, yang keempat terpantas dalam sejarah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >