Musim pertama yang berliku bagi legenda Liverpool, Steven Gerrard, sebagai pengurus kelab Liga Pro Saudi (SPL) Ettifaq berakhir 27 Mei.
Ia sebenarnya bermula dengan cemerlang, tempat keupayaan beliau sebagai pengurus kelab diragui apabila hanya memenangi satu dari 12 perlawanan di awal musim. Namun beliau bangkit membantu pasukannya mengakhiri musim di tempat keenam.
Bukan senang untuk mencabar pasukan ‘Empat Terbesar’, iaitu gelaran yang diberikan kepada Al-Hilal dan Al-Nassr dari Riyadh dan dua kelab gergasi Jeddah iaitu Al-Ahli dan Al-Ittihad.
Dana Pelaburan Awam (PIF) - dana kekayaan negara Arab Saudi - memiliki pegangan majoriti semua kelab ‘Empat Terbesar’ dan juga kelab Liga Perdana England (EPL), Newcastle United.
Kelab-kelab ‘Empat Terbesar’ membelanjakan sebanyak 750 juta paun ($1.29 bilion) pada 2023 untuk memikat bintang-bintang dunia bola sepak untuk bermain di Arab Saudi, mengikuti langkah Cristiano Ronaldo yang tiba di Al-Nassr pada Disember 2022.
Namun adakah pelaburan lumayan itu mendatangkan hasil yang diharapkan?
Al-Hilal menjadi juara rekod Liga Pro Saudi untuk kali ke-19, sekaligus menyebabkan Ronaldo dan Al-Nassr - juara bertahan - gagal memenangi liga itu untuk dua kali berturut-turut.
Sebalik kekecewaan itu, pemenang lima Ballon d’Or itu merangkumi 35 gol dalam 31 perlawanan iaitu jumlah gol terbanyak dalam satu musim Liga Pro Saudi, memecahkan rekod diukir Abderrazak Hamdallah pada 2019.
Bekas penyerang Manchester United itu pun meraih empat hatrik dan merintis 12 peluang gol yang menemui sasaran dalam musim di mana beliau memenangi but emas
Gol dijaring Ronaldo tidak mencukupi kerana Al-Nassr mengakhiri musim 14 mata di belakang juara Liga Pro Saudi, Al-Hilal yang berjaya melengkapi 34 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.
Juara liga sudah tersirat apabila Al-Hilal mengalahkan Al-Nassr 3-0 pada Disember lalu.
Pencapaian cemerlang ini diraih tanpa bintang Brazil, Neymar, kerana kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus di lutut kiri semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 pada Oktober lalu.
“Beliau (Neymar) berada di fasa penting dalam pemulihannya, dan kami berharap beliau kembali dan mula latihannya pada September atau Oktober,” kata jurulatih Al-Hilal, Jorge Jesus.
Jurulatih berasal Portugal itu menggabungkan bintang pasukan negara Arab Saudi seperti Saud Abdulhamid dan Salem Al-Dawsari - yang menjaringkan gol kemenangan Arab Saudi pada perlawanan Piala Dunia 2022 menentang Argentina - bersama pemain dari Eropah seperti bekas penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic, dan bekas pemain tengah Lazio, Sergej Milinkovic-Savic.
Kedua-dua pemain asal Serbia ini menjaringkan 39 gol pada musim ini.
Tambahan Ruben Neves dari Wolverhampton Wanderers dan Kalidou Koulibaly dari Chelsea menjadikan Al-Hilal di luar jangkauan sebarang kelab Liga Pro Saudi.
Selain Ronaldo, Al-Nassr meraih perkhidmatan Sadio Mane dari Bayern Munich, Marcelo Brozovic dari Inter Milan dan Aymeric Laporte dari Manchester City untuk mengukuhkan pertahanan.
Juara sembilan kali itu menjaringkan lebih 100 gol pada musim ini tetapi jelas kekurangan di bahagian pertahanan.
Al-Ahli pula tamat di tempat ketiga, 17 mata di belakang Al-Nassr sekaligus mengambil tempat terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Bekas penyerang Manchester City Riyad Mahrez menyerlah dengan 13 gol dan Allen Saint-Maximin cemerlang dengan sembilan bantuan gol.
Roberto Firmino mengambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi bekas pemain Liverpool itu menjaringkan sembilan gol dan penyerang cemerlang dari Arab Saudi, Firas Al-Buraikan, menjaringkan 17 gol.
Kelab ‘Empat Terbesar yang sangat mengecewakan adalah Al-Ittihad, meskipun mempunyai pemain handalan seperti Karim Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho.
Kecederaan Benzema dan bolos sebanyak 50 gol kepada pertahanan diketuai Fabinho dan Kante menyebabkan jurulatih mereka Nuno Santo dipecat November lalu.
Secara purata, hanya lebih 8,000 penonton sahaja hadir di setiap perlawanan Liga Pro Saudi.
Kelab-kelab Ettifaq dan Al-Shabab juga membangun kemudahan dan stadium istimewa, yang berkurangan di Arab Saudi. Namun bukan semua kelab mampu melakukan yang sedemikian.
Kekuatan yang lebih mendalam perlu di atas padang juga.
Al-Shabab mengakhiri musim di tempat kelapan, meskipun juara enam kali itu mempunyai pemain legenda Barcelona, Ivan Rakitic dan pemain dari ‘Generasi Emas’ Belgium, Yannick Carrasco.
Perjuangan sengit untuk empat tangga tertinggi Liga Pro Saudi adalah tanda kemajuan. Namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan penganjur sebelum ia boleh ‘berdiri’ megah dan setaraf liga-liga terunggul di Eropah. – Agensi berita.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg