Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan Arsenal dengan Tottenham ditangguhkan kerana Arsenal tak cukup pemain

Jan 15, 2022 | 11:30 PM



LONDON: Perlawanan Arsenal dengan Tottenham di White Hart Lane ditangguhkan selepas Arsenal mengumumkan mereka tidak cukup pemain untuk diketengahkan di perlawanan itu.



Liga Perdana berkata ia menerima permintaan Arsenal untuk membatalkan perlawanan tersebut.



"Keputusan itu adalah hasil gabungan (faktor) Covid-19, kecederaan sedia ada dan terkini serta pemain yang (bermain) di peringkat antarabangsa di Piala Negara-Negara Afrika," kata Liga Perdana.



Ini adalah perlawanan liga ke-21 yang ditangguhkan musim ini kerana Covid.



Menurut peraturan Liga Perdana, sebuah kelab mesti bermain dalam sebuah perlawanan jika mereka mempunyai 13 pemain luar padang dan seorang penjaga gol tersedia.



Pemain Arsenal Thomas Partey, Mohamed Elneny, Pierre-Emerick Aubameyang dan Nicolas Pepe sedang bermain untuk Piala Negara-Negara, manakala Cedric Soares, Bukayo Saka dan Calum Chambers semuanya mengalami kecederaan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao menentang Liverpool pada Khamis.



Granit Xhaka juga digantung selepas dia dibuang padang pada separuh masa pertama di Anfield dan Martin Odegaard tidak bermain dalam perlawanan itu kerana sakit.



The Gunners berkata mereka "dengan berat hati" meminta penangguhan dan "kecewa" kerana permainan terpaksa dibatalkan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >