Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Perlawanan ONE Championship lebih menghiburkan daripada UFC’

Oct 03, 2023 | 04:00 PM



Chatri Sityodtong, salah seorang pengasas syarikat promosi sukan tempur ONE Championship, yakin produk beliau menawarkan lebih banyak hiburan daripada Ultimate Fighting Championship (UFC), syarikat promosi seni bela diri campuran (MMA).

Promosi bagi perlawanan ONE Fight Night 14 kembali ke Singapura Jumaat malam lalu buat kali pertama sejak Mac, menjadikannya acara kedua ONE di negara ini, yang sebelum ini menjadi tuan rumah bagi kebanyakan acaranya.

Stadium Lumpinee Boxing di Bangkok diambil alih sebagai pangkalan ONE pada 2023 dan menyampaikan acara demi acara dengan pertarungan mendebarkan yang tidak terkira.

Mungkin nilai jualan terbesar Sityodtong mengenai ONE ialah ia bukan sekadar MMA, bahkan telah berkembang menjadi promosi bagi seni mempertahankan diri secara keseluruhan, termasuk Muay Thai, tomoi (kickboxing) dan perlawanan bergelut. 

Dengan serangan sebagai fokus jelas dalam ONE, Sityodtong percaya ia telah memberinya kelebihan tersendiri ke atas semua yang lain.

“Saya rasa kebanyakan peminat akan berkata sekarang bahawa ONE mempunyai promosi paling menarik, terutamanya ONE Friday Fights, yang mengandungi beberapa perkara gila dan saya rasa Joe Rogan (penyampai UFC dan mantan hos televisyen) turut berkata, ‘ONE mempunyai produk paling menarik’, dan saya setuju,” kata Sityodtong kepada media selepas ONE Fight Night 14, lapor laman web, MMA Fighting.

“Yang anda lihat pada, contohnya UFC, sangat cincai, biasa-biasa sahaja kerana mereka bukan penyerang. Petinju UFC sering adalah ahli gusti kolej D-1, 7-0 dalam liga kecil dan kemudian mereka melakukan sedikit serangan sebelum memasuki UFC.

“Di ONE, semua petinju merupakan juara dunia sebelum ini dan mereka sudah menjadi juara dunia beberapa kali di puncak kerjaya mereka apabila mereka tiba. Sesiapa sahaja, daripada Anissa Meksen kepada (Jonathan) DiBella, Rodtang (Jitmuangnon) atau Tawanchai (P.K. Saenchai), atau Superbon (Singha Mawynn)... atau mana-mana ‘pembunuh sah’ ini.”

“Itulah yang membuatkan kami berbeza.

“Jika anda melihat senarai nama kami, saya rasa UFC mempunyai kira-kira 700 atlet dan begitu juga kami.

“Tetapi, sebelum atlet kami menyertai ONE, jumlah kejuaraan dunia yang dimenangi mereka ialah separuh daripada seluruh pertubuhan kami. Jika dibandingkan dengan UFC atau Bellator, kira-kira 20, 30 maksimum.

“Itulah sebabnya anda melihat banyak ‘jiu-jitsu’ cincai, cara serangan peringkat rendah dalam pertubuhan itu, manakala dalam ONE anda melihat antara yang terbaik di planet ini dalam setiap disiplin mereka dan sudah tentu, MMA juga.

“Saya rasa, tanpa terkecuali, kami mempunyai pengalaman paling menarik untuk peminat di seluruh dunia,” kata Sityodtong.

Beliau menambah: “Orang ramai pastinya melihat perbezaan tahap penyerang kami berbanding penyerang UFC. Jauh beza.

“Malah penyerang MMA kami, seperti Stamp Fairtex, jauh lebih segar daripada 99.9 peratus senarai penyerang pesaing kami.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >