Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan seharusnya dihentikan: Ancelotti

Pemain Real Madrid Vinicius dakwa La Liga Sepanyol ‘dimiliki’ pihak bersifat perkauman, selepas penyokong Valencia lontar hujah hina berbaur perkauman kepadanya dalam perlawanan La Liga.
May 22, 2023 | 03:26 PM



VALENCIA: Pemain Real Madrid, Vinicius Junior berkata liga bola sepak Sepanyol, La Liga ‘dimiliki’ pihak yang bersifat perkauman, selepas beliau dilontar hujah perkauman di Valencia.


Vinicius, 22 tahun, diperintah keluar padang pada minit ke-97 selepas beliau bertelingkah dengan Hugo Duro.

Awal dari itu, Vinicius telah mencuba menarik perhatian pengadil kepada seorang penyokong Valencia.

Menulis di Instagram, Vinicius berkata: “Pertandingan yang dahulunya dimiliki Ronaldinho, Ronaldo, Cristiano dan Messi kini dimiliki orang yang bersifat perkauman.

“Ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga perkara ini berlaku. Perkauman suatu yang biasa berlaku di La Liga. Pertandingan ini menganggap perbuatan itu biasa sahaja. Begitu juga Persekutuan Bola Sepak di sini... dan pemain lawan menggalakkan perbuatan itu.

“Sepanyol negara yang cantik dan ia telah menerima saya dengan baik dan saya mencintainya. Tapi ia memilih menunjukkan kepada dunia sifatnya sebagai satu negara yang mengamalkan perkauman. Saya mohon maaf kepada warga Sepanyol yang tidak bersetuju dengan kata-kata saya, tapi di Brazil, Sepanyol diketahui sebagai negara perkauman.”

Menurut Vinicius, perbuatan perkauman berlaku dari minggu ke minggu.

“Saya tidak mampu menahan apa yang berlaku setiap minggu, tapi saya kuat dan saya akan menentang orang yang mengamalkan perkauman sehingga akhirnya,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataannya, La Liga berkata ia telah menentang kelakuan perkauman saban tahun, serta menggalak nilai-nilai positif sukan, bukan sahaja di padang malah diluar padang.

Vinicius, pada musim ini telah menjadi sasaran beberapa hujah perkauman beberapa kali dalam La Liga pada musim ini.

Perlawanan dengan Valencia terpaksa dihentikan buat seketika pada separuh masa kedua selepas Vinicius menjadi marah berikutan apa yang berlaku di tempat penonton.

Perasaan marahnya itu tidak reda dan beliau diperintah keluar padang selepas terlibat dalam perkelahian antara kededua pasukan.

Pengurus Real, Carlos Ancelotti berkata permainan seharusnya dihentikan kerana pemainnya menjadi sasaran penganiayaan.

“Apa yang kita lihat hari ini tidak boleh diterima. Satu stadium melaungkan hujah berbaur perkauman,” kata Ancelotti, yang berasal dari Italy.

“Saya tidak mahu bercakap tentang bola sepak pada hari ini kerana pada saat ini, ia kurang bermakna. Saya telah memberitahu pengadil beliau seharusnya menghentikan perlawanan.

“Bagi saya, La Liga ada masalah. Bagi saya Vinicius ialah pemain paling penting di dunia. La Liga mempunyai satu masalah dan perkauman di perlawanan bola sepak harus dihentikan.

Ancelotti berkata reaksi Vinicius boleh difahami.

“Seluruh stadium menghina pemain dengan nyanyian rasis dan pertandingan sepatutnya dihentikan. Saya akan mengatakan perkara yang sama jika kami menang 3-0, tidak ada jalan lain.”

“Beliau sedih, beliau juga marah. Tapi beliau memilih mahu terus beraksi apabila saya bertanya kepadanya. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dunia,” kata Ancelotti.

La Liga berkata ia akan menyiasat insiden itu sementara Valencia mengeluarkan kenyataan di laman web rasmi untuk mengutuk insiden itu. Ia juga berkata ia akan menyiasat perkara itu.

“Kelab sedang menyiasat dan akan mengambil tindakan paling keras,” kata Valencia.

La Liga berkata ia akan mengambil tindakan sewajarnya jika sebarang jenayah kebencian dikenal pasti berlaku dan memohon supaya pihak awam berkongsi sebarang video yang relevan.

Ia berkata La Liga telah bersikap proaktif mengenai insiden perkauman yang melibatkan Vinicius, dan telah membuat sembilan laporan kepada pihak berkuasa dalam tempoh dua musim. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >