Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlawanan Singa terakhir sebelum kempen kelayakan Piala Asia bermula

Mar 20, 2025 | 8:19 PM
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Singapura, Tsutomu Ogura, dan pemain tengah,Harhys Stewart semasa persidangan media sebelum perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 21 Mac di Stadium Negara.
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Singapura, Tsutomu Ogura, dan pemain tengah,Harhys Stewart semasa persidangan media sebelum perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 21 Mac di Stadium Negara. - Foto BH oleh KHAIRUL AKMAL ALI

Kelayakan Piala Asia mungkin menjadi cabaran baru bagi ketua jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura, tetapi peminat boleh mengharapkan skuadnya memberikan tentangan hebat dalam perlawanan yang bakal dihadapi pasukan itu.

Ogura berkata demikian pada sidang media di Stadium Negara pada 20 Mac, menjelang perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 21 Mac.

Ogura berkata bahawa peminat bola sepak Singapura boleh menantikan perlawanan persahabatan yang menghiburkan dan boleh menjangkakan “beberapa perkara baru” semasa perlawanan itu.

Ini merupakan sebahagian persiapan menentang Hong Kong bagi perlawanan pembukaan kempen kelayakan Piala Asia pada 25 Mac.

Pemain-pemain yang menantikan untuk membuat penampilan pertama mereka - Rudy Khairullah, Raoul Suhaimi dan Fairuz Fazli, Akram Azman - boleh rasa optimistik kerana Ogura juga mendedahkan bahawa beliau akan mainkan sebanyak mungkin pemain dalam perlawanan tersebut.

Harhys Stewart, yang dipanggil semula untuk sertai skuad kebangsaan, juga tidak sabar untuk beraksi untuk Singapura sekali lagi.

“Sesiapa sahaja yang sarung jersi negara akan berikan 100 peratus. Saya harap saya akan main dan bantu pasukan untuk mencapai matlamat kami,” kata pemain tengah berusia 24 tahun itu.

Nepal menduduki tangga ke-175 dalam ranking FIFA, 15 tangga di bawah Singapura yang menduduki tangga ke-160.

Namun, perlawanan ini agak sukar diramalkan kerana kali terakhir kededua ini bertemu adalah pada masa yang lama, 1989, di mana perlawanan itu berakhir 7-0 memihak Nepal.

Tambahan pula, pasukan Singa dikalahkan ketetiga kali kededua pasukan ini bertemu (1982,1989,1989).

Apabila ditanya sekiranya beliau menjangkakan pasukan Singa untuk memenangi perlawanan ini, Ogura menyatakan bahawa beliau tidak ambil kira ranking ini mahupun keputusan perlawanan sebaliknya beliau lebih fokus pada prestasi anak didiknya.

Ogura menekankan semula bahawa Singapura tidak pernah layakkan diri ke Piala Asia, kecuali pada 1984 di mana Singapura merupakan tuan rumah, dan berkongsi bahawa beliau seringkali mendorong mereka untuk capai kejayaan.

“Apa yang saya mahu lihat adalah pasukan saya bermain dengan bersemangat, dan mereka faham apa yang diperlukan untuk mencatat sejarah (kemenangan),” kata jurulatih berusia 58 tahun itu.

Beliau juga mengakhiri persidangan media itu dengan meluahkan penghargaan beliau kepada para peminat yang telah menyokong pasukan Singa sejauh ini.

“Saya dan pemain-pemain saya sedar akan sokongan yang telah dicurahkan oleh penyokong kami. Saya benar-benar harap mereka dapat kekal menyokong kami semasa kami harungi cabaran baru ini,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg