Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perlawanan tamat lambat tidak dapat dielak: Pengarah Terbuka Australia

Jan 15, 2024 | 4:50 PM
BERAKHIR LEWAT: Pemandangan perlawnan antara pemain Serbia, Novak Djokovic, dengan Dino Prizmic dari Croatia di Melbourne Park.
BERAKHIR LEWAT: Pemandangan perlawnan antara pemain Serbia, Novak Djokovic, dengan Dino Prizmic dari Croatia di Melbourne Park. - Foto REUTERS

MELBOURNE: Pengarah pertandingan Terbuka Australia, Craig Tiley, berkata pada 15 Januari bahawa isu tamat perlawanan lambat tidak dapat dielakkan dalam kejuaraan Terbuka Australia meskipun ia telah menambah satu hari pada pertandingan itu tahun ini, bagi menangani kesesakan jadual perlawanan.

Kejuaraan tenis grand slam pertama setiap tahun itu memang terkenal dengan jangka masa perlawanannya yang lama dan berakhir lambat.

Misalnya, perlawanan pada 2008 antara Lleyton Hewitt dengan Marcos Baghdatis berakhir pada 4.33 pagi.

Perlawanan terakhir pada hari pertama kejuaraan Terbuka Australia, yang berlangsung selama 15 hari itu, pada 14 Januari, bermula pada 11.41 malam (7.41 malam waktu Singapura) selepas Novak Djokovic mengambil masa selama empat jam untuk menewaskan Dino Prizmic dalam perlawanan kelayakan pusingan pertama itu.

Perlawanan pertama bagi juara bertahan wanita, Aryna Sabalenka. pula berakhir dalam masa sekitar satu jam, namun Tiley berkata pemain harus menjangkakan mereka perlu bertahan sehingga awal pagi di Melbourne Park dalam beberapa perlawanan tertentu.

“Kami tutup kedai pada 12.35 tengah malam dan kami telah cuba mengurangkan kemungkinan perlawanan berakhir lambat,” kata Tiley kepada media tempatan pada 15 Januari.

“Tiada sesiapa pun menjangka Novak mengambil lebih empat jam untuk menamatkan perlawanan kelayakannya. Tiada sesiapa dapat menjangkakan demikian.

“(Tetapi) Ia tetap akan berlaku dan bakal berlaku lagi, ia boleh terjadi malam ini atau malam esok.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg